Thursday, April 16, 2009

Proton Exora : Malaysia's first MPV...



Proton EXORA, Anda Pasti Terpegun. Itulah tagline bagi kereta nasional terbaru yang dilancarkan mlm tadi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).



Exora merupakan model yang ke-15 dilancarkan dari PROTON. Ia berkapasiti 7 tempat duduk termasuk pemandu yang menggunakan enjin Campro CPS 4 Silinder DOHC 16V. Saya rasa, ia merupakan kenderaan yang dicari-cari oleh rakyat Malaysia kerana dari rekabentuk sehinggalah kepada harga Exora semuanya dicipta untuk rakyat Malaysia.



Harga yang ditawarkan juga sangat2 berpatutan untuk rakyat Malaysia. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM69,998 sehingga RM75,988 bagi transmisi automatik sahaja. Bagi transmisi manual, akan menyusul kemudian. Saya rase, mcm nak beli aje Exora nie. Mmg terpegun saya tgk Exora lama2. Nama dia pon kira sesuai sgt dengan dia.



Apa2pun, tahniah saya ucapkan kepada Proton kerana berjaya mengeluarkan Exora untuk rakyat Malaysia. Harga yang ditawarkan juga amat murah dan berpatutan. Inilah yang dikatakan Kereta untuk Malaysia.









IKLAN