Friday, August 28, 2009

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-52

Tinggal beberapa hari sahaja, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-52. Di mana, 31 Ogos merupakan satu tarikh keramat Malaysia menyambut hari kemerdekaannya.



Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah "1 Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Pada tahun ini juga, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana dapat menyambut bulan kemerdekaan ini bersama dengan bulan yang penuh berkat iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sambutan kali ini juga akan di buat di Dataran Parlimen.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-52 kepada seluruh rakyat Malaysia. Tidak kira anda berada di manapun. Kita seharusnya bangga dengan pencapaian negara kita sekarang dan diharapkan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini dapat dijayakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Kad Raya versi Flash.......

Puasa baru seminggu, dah pikir nak raya pulak. Teruk bebenar. Huhuhuhu.....

Bukan apa, sebenarnya saya tgh fikirkan gambar dan tema apa pulak nk saya letakkan dalam kad raya saya nie. Sejak saya keja kat sini, kalau tidak hari raya. Saya akan buat kad raya saya version Flash siap dengan lagu raya sekali. Kiranya sudah 7 kad raya yang saya telah buat.

Actually, susah jugak nak dapatkan idea untuk konsep kad raya nie. Itu baru konsep, belum lagi jenis animasi yang hendak diletakkan. Kekadang tue, kena la refer kad raya yang lain melalui internet. Setelah mendapat ilham dan idea, adakalanya saya akan menggabungkan semua idea yang saya dapat. Kan senang tue........

Apa2pun, tunggu saje lah Kad Raya 2009 version Flash di emel masing2. Dan pastikan, setiap kali dapat kad raya dari saya. Speaker hendaklah di pasang dengan sekuat-kuatnya. Hahahahaha.

p/s: Selamat menjalani Ibadah Puasa. Bermula 1 Sept sehingga 9 Sept 2009, saya akan bercuti. Menghabiskan cuti kontrak yang berbaki 6 hari. Tapi sayangnya, cuti tersebut tidak boleh digunakan untuk Hari Raya nanti. Saya akan melaporkan diri pada 10 Sept 2009.

Tuesday, August 25, 2009

Alhamdulillah......

Wah, lamanya saya xupdate blog nie. Hampir 2minggu rasenya. Lama tue kan.

Pada minggu kedua Ogos, saya balik ke kampung. Saje mengambil cuti. Lagipon, dah lama saya xambil cuti panjangkan. Di kesempatan itu juga, saya mengambil cuti untuk berehat-rehat setelah penat bekerja. Setelah 4hari berada di kampung, hari Ahad tue saya dah kembali ke kota. Dalam perjalanan pulang ke KL, badan saya terasa sejuk dan kepala pon. Dan terpaksa saya gagahkan juga badan. Dah lah time tue saya kena drive, time juga hujan turun selebat-lebatnya di highway.............betul2 dugaan.

Minggu ketiga Ogos, demam saya semakin melarat. Seluruh badan rase sakit, kepala sudah pening, hidung dah mula berair dan tekak mula sakit. Dan minggu tue juga saya tidak bekerja kerana mendapat MC. Terasa sesak gak demam nie.

So, skrg nie saya baru sahaja sembuh dari demam, batuk, dan selsema. Selama seminggu saya demam dan risau gak takut2 terkena dengan virus H1N1. Setelah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan. Hasilnya adalah negatif. Doktor memberitahu saya bahawa saya tidak ada virus tersebut, cuma demam biasa saja yang mungkin mengambil masa seminggu untuk sembuh.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf sekiranya ada kesalahan, kesilapan atau keterlanjuran sepanjang perkenalan kita. Ampunkanlah kesemua kesalahan yang telah saya lakukan sama ada secara sedar atau tidak sedar…

Semoga bulan Ramadhan yang bakal menjelang membawa seribu rahmat kepada kita semua. Dan saya doakan semoga anda semua dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dirahmati Allah hendakNya.

ADAT JAUH BERKIRIM KATA, ADAT DEKAT PUJI MEMUJI, ANDAI TERSILAP KATA MAAF DI PINTA SEPULUH JARI ” SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAH PUASA”

IKLAN