Monday, October 26, 2009

Sedih sekali....

Pagi tadi, tgh saya belek2 surat khabar. Saya tertarik dgn tajuk artikel berita tersebut iaitu Melayu juara dadah. Hati saya begitu sedih bila akhbar menyatakan bahawa bangsa sendiri telah menjadi juara di dalam arena penagihan dadah. Mmg benar apa yang diperkatakan oleh akhbar tersebut.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK ) telah mendapati sebanyak 83 peratus daripada bilangan penagih dadah yang dikesan di seluruh negara bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini melibatkan orang melayu.

Kira byk gak tue peratusan yang dijalankan oleh AADK tersebut yang mendapati rata-rata adalah orang melayu iaitu bangsa kita sendiri. Sedih betul. Mereka kesemuanya adalah dari golongan belia yang hanya berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Antara salah satu faktor yang menyebabkan mereka terjebak ke dalam kancah tersebut adalah faktor persekitaran. Contohnya, kurang didikan agama atau kurangnya ilmu pengetahuan.

nota kecil : ingin melihat bangsa sendiri menjadi antara yang terhebat.

IKLAN