Friday, January 14, 2011

Ranking Bola Sepak Malaysia dari FIFA



Walaupun saya merupakan "kaki bangku" dalam sukan bola sepak ini, saya juga perlu mengetahui juga perkembangan sukan yang paling popular di seluruh dunia ini termasuk juga dengan Malaysia. Pergilah ke mana-mana pon, di kedai mamak, McD ataupun restoran melayu ada saje menyiarkan perlawanan bola. Tidak kira lah bola sepak tempatan (Liga M) ataupun yang melibatkan kelab2 bola yang ternama seperti Man U., Chelsea, Arsenal ataupun Liga Sepanyol, pasti akan mendapat tempat buat rakyat Malaysia.



Malam tadi, saya menjengah ke laman web rasmi FIFA untuk melihat kedudukan pasukan bola sepak Malaysia selepas memenangi AFF Suzuki Cup 2010. Adakah kedudukan negara berubah selepas kemenangan tempoh hari. Jawapannya ialah, kedudukan Malaysia adalah di tempat ke-142 dengan point 145. Naik sebanyak 2 anak tangga di mana kedudukan sebelum ini adalah di tempat ke-144.

Manakala, kedudukan bola sepak Indonesia pula adalah di tempat ke-126 dengan point sebanyak 224, naik sebanyak 1 anak tangga. Sebelum ini, Indonesia berada di tangga ke-127. Walaupun kalah pada pasukan Malaysia, posisi Indonesia di tangga kedudukan bola sepak FIFA, naik sebanyak 1 anak tangga.

Melihat senario sukan bola sepak Malaysia, kedudukan yang paling baik yang dikecapi oleh Malaysia ialah pada kedudukan 79, iaitu pada tahun 1993 dan berjaya mengekalkan kedudukan baik pada kedudukan 87, pada tahun 1997 dan seterusnya kedudukan terus jatuh.

Walaupun naik sebanyak 2 anak tangga, saya berharap ia akan menjadi momentum kepada pasukan negara untuk bergerak maju di arena sukan bola sepak negara. Cita-cita Malaysia untuk sampai ke Olimpik dan juga Piala Dunia, moga-moga tercapai. Dan juga memastikan kedudukan Malaysia pada Ranking Bola Sepak seperti dahulu.

1 comment:

Dunia Baru said...

sama la kita aeeelll

IKLAN