Monday, March 30, 2009

GELITA SEJAM DEMI BUMI ....



Pada 28 Mac 2008 yang baru sahaja lepas, sebanyak 82 buah negara, 3,929 bandar utama termasuk Kuala Lumpur bergelap selama 60 minit sempena kempen Earth Hour 2009 yang diadakan di seluruh dunia bagi memupuk kesedaran penduduk dunia mengenai penjimatan tenaga dan pelepasan gas rumah hijau.

Antara tempat utama yang turut serta dalam kempen Earth Hour itu ialah Sydney Opera House di Australia, kolam renang Water Cube di Beijing, Hotel Taj Mahal di Mumbai, Hotel Burj Al-Arab di Dubai, Dewan Parlimen di tengah London dan Empire State Building.

Bandar2 utama di Malaysia antaranya Kuala Lumpur, Johor Bharu, Georgetown, Kuching, Ipoh turut tidak ketinggalan untuk menyertai Kempen 60 Earth Hour yang julung2 kali diadakan dan berasa teruja untuk menyertai bersama. Mereka semua turut menyahut cabaran tersebut dengan memadam semua lampu dan duduk dalam keadaan gelap bersama-sama penduduk dunia yang lain.

Orang ramai mula merasa prihatin dengan keadaan bumi sekarang dan ini menyebabkan keprihatin mereka telah menyelamatkan bumi ini walaupun dengan hanya 1jam. Dengan hanya tempuh 1jam, ia telah menyelamatkan bumi dari pelepasan gas rumah hijau sekaligus dapat menjimatkan tenaga.

IKLAN