Thursday, January 12, 2012

HUTANG...

Tajuk entri kali ini adalah mengenai hutang...


  1. wang dan lain-lain yang dipinjam daripada orang lain
    Ayat: jangan-jangan hutang itu tak terbayar lagi; belian (jualan) hutang belian (jualan) yang bayarannya ditangguhkan; membayar hutang mengembalikan wang dan lain-lain yang dipinjam dari orang lain; memberi hutang memberi pinjaman wang; menagih hutang memungut (menuntut kembali) wang yang dipinjamkan; mendapat hutang mendapat pinjaman wang;
  2. kewajipan (perasaan berkewajipan) membayar balik sesuatu yang diterima
  3. hutang bercagar hutang yang diberikan dengan si berhutang mencagarkan sesuatu (seperti barang-barang kemas, rumah, tanah, dan sebagainya)
    hutang budi kebaikan yang diperoleh dan yang harus dibalas
    hutang darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dan lain-lain) yang telah melakukan kekejaman dan lain-lain
    hutang lapuk hutang yang tidak berbayar
    hutang piutang (wang) yang dipinjam dari dan yang dipinjamkan kepada orang lain, berbagai-bagai hutang
    hutang (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang
    surat hutang surat pengakuan hutang
  4. hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh tiba pula hutang hutang samir belum langsai, hutang kajang datang pula hutang hutang tembilang belum langsai, hutang tajak tiba pula peribahasa hutang yang lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yang baru
    hutang sebelit (selilit) pinggang hutang hutang tiap helai bulu hutang sebanyak hutang si Jibun peribahasa seseorang yang sangat banyak hutangnya
  5. hutang berbaris bahasa percakapan berhutang banyak-banyak (daripada berbagai-bagai punca)
    hutang budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang)
    hutang nyawa terselamat hidupnya (terselamat oleh pertolongan orang)
  6. terhutang sudah berhutang
  7. hutang budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas)

berhutang

  1. mempunyai hutang (kepada), meminjam wang dan lain-lain daripada seseorang
    Ayat: ia pernah berhutang pada ceti; si berhutang orang yang berhutang; tempat berhutang orang dan lain-lain yang memberi hutang;

hutangan

  1. Indonesia wang (benda) yang didapati kerana berhutang
    orang hutangan Indonesia † orang yang berhutang

menghutangkan, memperhutangkan

  1. meminjamkan wang atau benda kepada seseorang

penghutang

  1. orang atau pihak yang berhutang, peminjam wang
    Ayat: cagaran merupakan jaminan untuk pemiutang jika penghutang tidak memenuhi kewajipan atau gagal membayar kembali pinjamannya.

perhutangan

  1. perihal hutang-berhutang
    orang perhutangan Indonesia † orang yang memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang
Artikel di atas menunjukkan maksud hutang yang sebenarnya. Kenapa saya mengutarakan perihal hutang pada entry kali ini adalah disebabkan keliatan serta sifat buat2 lupa untuk membayar hutang kepada saya.

Sudah bermacam-macam cara saya gunakan untuk mendapat duit saya yang telah dipinjam oleh kenalan saya. Dulu, sebelum nak pinjam, manisnya kata-kata. Bila nk minta balik, sejuta alasan yang diberikan............


IKLAN