Monday, December 28, 2009

MALASNYA.... !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hari nie dapat surat dari JPSM suh attend "Mesyuarat Raptai Perbarisan Mengikut Skim Perkhidmatan Sempena Perasmian 'Call Center' oleh KSN" yang akan diadakan pada 30 Dis 2009. Jam 10.00 pagi di Lobi Audi DBKL Menara DBKL 1.



Manakala perasmian sebenar pulak akan diadakan pada 4 Jan 2010. Jam 9.00 am di tempat yang sama........

Adoi, rase mcm malas nk attend benda yang "merepek" bagi saya. Persoalannya, apakah kaitan dengan saya selain saya seorang kakitangan DBKL....... Apa yang pasti, jawapan dia mesti sama. Ia telah di tentukan oleh pihak atasan. Saya rase, sudah jemu mendengar jawapan yang sama. It's ok. Never mind...........



Nama saya pon, diorang salah spell...... xkan dalam rekod mereka xada.....saya rase, ini kesilapan taip atau malas nak taip panjang2....... So, stupid la.......Sorry to say.....

Tuesday, December 22, 2009

Bak Kut Teh Halal !!!!!!

Mengarut sungguh kalau nak buat Bak Kut Teh ini halal.... So yuuuckkkkkk !!!!!! Satu idea yang bodoh........................

Kalau nak replace pork dgn daging ayam sekali pon, belum tentu saya akan menerimanya. Berita ini tercetus dari newspaper smlm, iaitu seorang chef melayu telah menukar menu tradisional masyarakat cina tersebut dari pork kepada daging ayam agar kaum melayu, khususnya yang beragama ISLAM boleh menikmati hidangan tersebut.

Pihak JAKIM juga tidak bersetuju DAN tidak sekali-kali akan mengeluarkan Sijil HALAL terhadap Bak Kut Teh yang dibuat khusus untuk umat Islam. SYABAS JAKIM.......




Thursday, December 17, 2009

Tinggal Kenangan - Saleem

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Chorus
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Ulang Chorus 2X

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan

Wednesday, December 16, 2009

Selamat Tahun Baru...

Hari Jumaat ini, iaitu 18 Disember 2009 bersamaan dengan 1 Muharam 1431H, sekali lagi umat Islam akan menyambut hari kebesaran iaitu Maal Hijrah.

Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Iaitu berlakunya juga pada 1 Muharam dan ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.



Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Salam Maal Hijrah 1431H kepada seluruh umat Islam . Moga tahun 1431 membawa kita semua ke arah kebaikan.

Perodua Alza : Kereta juga MPV

so eye-catch, yet sporty. that is the way i propose the Perodua ALZA. at the first moment when i was watching the advertisement on TV, i thought that was a perfume ad (lol). so suprisingly, it is ALZA. thumbs up to Perodua! and for the hundred times again, i fall in love with this MPV. the price is not so expensive. ALZA in Spain stands for stylish, eye-catch, nice. and.. if i had a chance, if i had a big family, i will consider to choose ALZA as one of my car.


I'm 27! Happy Birthday !


Salam semua...

Sorry for late updates.
14 Disember 2009. Genap saye 27 tahun. Apa yang seronok? Of Coz la celebrate with my family. Adalah buat makan2 sikit with all my family. Thanks to my mum sebab sudi masak makanan favourite saya. Terima kasih juga kepada to my big brother, Abg Latiff and my sister-in-law (Kak Syima) sebab belikan cake chocolate. Diaorang pon tahu yang saya nie mmg 'hantu' cake chocolate. Hehehe.

Actually, mmg tak terfikir langsung nak celebrate birthday. Tapi, apa yang pasti, ia bukan diraikan di rumah mak saya. Tetapi di rumah abg saya. Ini adalah semua rancangan Kak Syima dan juga family yang lain. Patut la, semasa saya nk balik rumah abis keja tgk rumah tak ada org. Saya tak terpikir pon yang mak dan abah pegi rumah abg saya. Yang saya pikir, may be diorang keluar beli barang dapur kat hypermarket.

Terima kasih to my mum and all families member for the very suprised makan2. Suke sangat sangat sangat.Terharu gak. huhuhu. Saye tak terfikir langsung. And also, the suprised gift, Thank you so much. Sudi gak bg hadiah iteww..

THANKS.........................

* xsempat nk ambik gambar, semuanya berlaku tanpa di rancang.

Syukur yang teramat kerana dipanjangkan umur oleh yang Maha Esa.
Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku bersyukur terhadap Mu kerana telah memanjangkan usiaku untuk menyembahMu dan melakukan segala suruhanMu. Amin !!!

Tuesday, November 3, 2009

Baru tahu susah........


Ada apa dengan tajuk di atas....????

Xapa, nanti saya cerita di entri akan datang........

Monday, October 26, 2009

Sedih sekali....

Pagi tadi, tgh saya belek2 surat khabar. Saya tertarik dgn tajuk artikel berita tersebut iaitu Melayu juara dadah. Hati saya begitu sedih bila akhbar menyatakan bahawa bangsa sendiri telah menjadi juara di dalam arena penagihan dadah. Mmg benar apa yang diperkatakan oleh akhbar tersebut.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK ) telah mendapati sebanyak 83 peratus daripada bilangan penagih dadah yang dikesan di seluruh negara bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini melibatkan orang melayu.

Kira byk gak tue peratusan yang dijalankan oleh AADK tersebut yang mendapati rata-rata adalah orang melayu iaitu bangsa kita sendiri. Sedih betul. Mereka kesemuanya adalah dari golongan belia yang hanya berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Antara salah satu faktor yang menyebabkan mereka terjebak ke dalam kancah tersebut adalah faktor persekitaran. Contohnya, kurang didikan agama atau kurangnya ilmu pengetahuan.

nota kecil : ingin melihat bangsa sendiri menjadi antara yang terhebat.

Monday, October 19, 2009

I'm back......

Wah... !!!! Lamanya saya xupdate blog nie. Rasenya hampir sebulan lebih saya xupdate. Bukan apa.....sibuk satu hal, lagi satu sifat kemalasan telah mula membelenggu diri ini yang telah membuat saya xupdate blog nie sampai la ke hari ini.

Sebenarnya, byk gak cerita yang nak saya kongsikan. Nanti la saya ceritakan sikit2. Kalau citer hari nie, mau xabis satu hari satu malam. Huhuhu.........

Sepanjang 2hari lepas, macam biasa jemputan ke Rumah Terbuka masih berlangsung lagi. Itu la seronoknya menjadi rakyat Malaysia di mana kita sambut Aidilfitri sehingga sebulan. Mmg, sepanjang 2 hari lepas, dapat makan free aje kan...... Terima kasih kerana sudi menjemput saya ke rumah terbuka.

Sepanjang bulan Okt nie, 4 orang families member saya menyambut hari jadi masing2x. Bermula dengan adik bongsu saya iaitu Noor Wahidah (6 okt), kemudian abg saya (Latiff) pula yang menyambutnya pada 8 Okt. Kemudian pada minggu lepas pula, hari jadi mak saya iaitu Pn. Umi yang jatuh pada 15 Okt dan yang akhir sekali. Sepupu saya iaitu Mohd Saifullah yang akan menyambut harijadinya pada 30 Okt. Ucapan saya pada mereka semua, Selamat Hari Jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki serta sentiasa disayangi oleh orang2 yang berada disekeliling.

Saya baru saja membaca suratkhabar hari ini. PM kita, iaitu YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru saje mengumumkan bahawa, bermulanya 16 Sept 2010, Malaysia sekali lagi akan menerima satu lagi cuti awam iaitu sempena dengan Hari Malaysia. So, bertambah lagi cuti2 umum baru rakyat Malaysia. Itu la, bertanpa untungnya menjadi rakyat Malaysia........

Wednesday, September 2, 2009

Selamat Hari Lahir......

Hampir terlupa pula saya.........

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada anak buah saya yang jatuh pada Hari Merdeka lepas iaitu Nur Aisya Sofea. Beliau lahir pada 31 Ogos iaitu tarikh jatuhnya Hari Kemerdekaan Malaysia.

To Aisya, acik doakan semoga panjang umur, murah rezeki serta belajarlah rajin supaya senang di masa depan nanti. OK.

Sebelum, famili abg saya akan meraikan besday. Disebabkan besday dia tahun jatuh pada bulan puasa, so tak adalah majlis makan2 utk dia.

Friday, August 28, 2009

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-52

Tinggal beberapa hari sahaja, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-52. Di mana, 31 Ogos merupakan satu tarikh keramat Malaysia menyambut hari kemerdekaannya.



Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah "1 Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Pada tahun ini juga, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana dapat menyambut bulan kemerdekaan ini bersama dengan bulan yang penuh berkat iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sambutan kali ini juga akan di buat di Dataran Parlimen.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-52 kepada seluruh rakyat Malaysia. Tidak kira anda berada di manapun. Kita seharusnya bangga dengan pencapaian negara kita sekarang dan diharapkan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini dapat dijayakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Kad Raya versi Flash.......

Puasa baru seminggu, dah pikir nak raya pulak. Teruk bebenar. Huhuhuhu.....

Bukan apa, sebenarnya saya tgh fikirkan gambar dan tema apa pulak nk saya letakkan dalam kad raya saya nie. Sejak saya keja kat sini, kalau tidak hari raya. Saya akan buat kad raya saya version Flash siap dengan lagu raya sekali. Kiranya sudah 7 kad raya yang saya telah buat.

Actually, susah jugak nak dapatkan idea untuk konsep kad raya nie. Itu baru konsep, belum lagi jenis animasi yang hendak diletakkan. Kekadang tue, kena la refer kad raya yang lain melalui internet. Setelah mendapat ilham dan idea, adakalanya saya akan menggabungkan semua idea yang saya dapat. Kan senang tue........

Apa2pun, tunggu saje lah Kad Raya 2009 version Flash di emel masing2. Dan pastikan, setiap kali dapat kad raya dari saya. Speaker hendaklah di pasang dengan sekuat-kuatnya. Hahahahaha.

p/s: Selamat menjalani Ibadah Puasa. Bermula 1 Sept sehingga 9 Sept 2009, saya akan bercuti. Menghabiskan cuti kontrak yang berbaki 6 hari. Tapi sayangnya, cuti tersebut tidak boleh digunakan untuk Hari Raya nanti. Saya akan melaporkan diri pada 10 Sept 2009.

Tuesday, August 25, 2009

Alhamdulillah......

Wah, lamanya saya xupdate blog nie. Hampir 2minggu rasenya. Lama tue kan.

Pada minggu kedua Ogos, saya balik ke kampung. Saje mengambil cuti. Lagipon, dah lama saya xambil cuti panjangkan. Di kesempatan itu juga, saya mengambil cuti untuk berehat-rehat setelah penat bekerja. Setelah 4hari berada di kampung, hari Ahad tue saya dah kembali ke kota. Dalam perjalanan pulang ke KL, badan saya terasa sejuk dan kepala pon. Dan terpaksa saya gagahkan juga badan. Dah lah time tue saya kena drive, time juga hujan turun selebat-lebatnya di highway.............betul2 dugaan.

Minggu ketiga Ogos, demam saya semakin melarat. Seluruh badan rase sakit, kepala sudah pening, hidung dah mula berair dan tekak mula sakit. Dan minggu tue juga saya tidak bekerja kerana mendapat MC. Terasa sesak gak demam nie.

So, skrg nie saya baru sahaja sembuh dari demam, batuk, dan selsema. Selama seminggu saya demam dan risau gak takut2 terkena dengan virus H1N1. Setelah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan. Hasilnya adalah negatif. Doktor memberitahu saya bahawa saya tidak ada virus tersebut, cuma demam biasa saja yang mungkin mengambil masa seminggu untuk sembuh.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf sekiranya ada kesalahan, kesilapan atau keterlanjuran sepanjang perkenalan kita. Ampunkanlah kesemua kesalahan yang telah saya lakukan sama ada secara sedar atau tidak sedar…

Semoga bulan Ramadhan yang bakal menjelang membawa seribu rahmat kepada kita semua. Dan saya doakan semoga anda semua dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dirahmati Allah hendakNya.

ADAT JAUH BERKIRIM KATA, ADAT DEKAT PUJI MEMUJI, ANDAI TERSILAP KATA MAAF DI PINTA SEPULUH JARI ” SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAH PUASA”

Thursday, August 6, 2009

Selamat Hari Jadi......



Hari nie merupakan besday anak buah saya yang paling manja dengan saya. Hehehehe. Actually, dia mmg manja sangat. Terutamanya dengan lelaki. Tak kisahlah dengan siapa2 pon (family members). Kalau saya berada di rumah dalam satu hari tue, secara automatik dia akan "melekat" dengan saya. Kalau saya ke ruang tamu, dia akan duk sebelah saya. Kalau saya masuk bilik, dia akan ekori saya. Tak kira kemana saya pegi, dia tetap nak ikut saya juga.


......tgh bermanja dengan tok mak dia......

Sebenarnya, dia kuat cemburu juga. Kalau saya dukung baby lain, dia akan pada saya dan terus merajuk (tanda cemburu la tue)..........

Ok la, Happy 3rd Birthday to Nor Ain Batrisya. Semoga panjang umur, murah rezeki serta jangan nakal2 yer. Actually, acik wan ada order cake khas untuk ain sempena dengan birthday ain kali ini. Thanks to Auntie Emy sebab sudi buatkan cake untuk Ain.

Tuesday, August 4, 2009

Biskut Raya - Tart Nenas

Bukak bisnes jap yer. Mcm biasa, saya akan menjual biskut raya. Biskut raya yang saya jual nie ialah kuih Tart Nenas. Sememangnya biskut raya yang saya suka. So, siapa2 penggemar Tart Nenas, boleh lah order melalui saya. Saya jamin tart nie sememangnya sedap sehinggakan tak cukup satu kalau makan. He3x..........

So, bagi anda yang inginkan sample kuih tart, boleh beritahu saya juga.......

1 Balang mengandungi 50 biji - RM20.00

Thursday, July 30, 2009

Selsema babi, pihak TradeWinds mengambil langkah berjaga-jaga......

Seluruh staff di Menara Tun Razak dan juga Annex dimestikan memakai topeng keselamatan yang telah dibekalkan oleh Tradewinds. Pegawai dan juga staff JTMK Annex juga dimestikan memakai topeng keselamatan demi untuk keselamatan diri masing-masing.



Ini disebabkan oleh virus tersebut telah meragut satu nyawa iaitu pada 21 Julai 2009 yang lepas. Arwah yang berasal dari Medan, Indonesia merupakan salah seorang "penghuni" di bangunan ini yang juga merupakan seorang pelajar di Institut INCEIF.



Oleh hal demikian, pihak Tradewinds telah mengambil langkah berjaga-jaga iaitu memastikan semua staff yang menyewa premis mereka dikehendaki memakai topeng keselamatan yang dibekalkan oleh mereka. Pihak mereka ingin memastikan bahawa setiap org yang yang "menghuni" di sini sentiasa sihat sejahtera serta selamat dari virus H1N1 yang melanda negara sekarang.


nota kecil : terasa rimas dan lemas.

Tuesday, July 28, 2009

First H1N1-related death in Malaysia (student INCIEF)





Nota kecil : Pihak INCEIF telah menutup premisnya selama seminggu bermula 22 Julai - 28 Julai 2008. Kenapa satu Tradewinds tidak mengambil tindakan selanjutnya -----> menutup premisnya (termasuk JTMK Annex) selama seminggu....???

Friday, July 24, 2009

Caj astro naik lagi - RM12 disebabkan EPL ???????


Bermula 1 Ogos ini, para pelanggan astro yang melanggan saluran sukan tersebut, akan terpaksa membayar lebih. Kenaikan sebyk 100 % iaitu RM12.00 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.

Di Malaysia, astro hanya menyediakan sebyk 5 saluran sukan yang telah disediakan dalam satu grup yang dinamakan pakej Sports. Di dalam pakej tersebut, mengandungi saluran seperti Astro SuperSports ( ch 811), ESPN (ch 812), Star Sports ( ch 813), Eurosport (ch 814) dan Golf Channel (ch 815). Kesemua pakej tersebut berharga lebih RM20.00 (purata sahaja).



Pihak diorang cakap lagi, kenaikan kos tersebut adalah masih rendah lagi kalau nak dibandingkan dengan stesen berbayar di negara lain. Contohnya di United Kingdom (532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia ( 172 peratus).



Berbanding dengan negara jiran, Singapura. Saluran sukan mereka adalah sebanyak 13 saluran sukan yang ada. Sama seperti Malaysia, mereka juga merangkumkan semua saluran-saluran sukan tersebut dengan menjadi satu pakej yang bernilai $S26.75. Antara saluran sukan yang mereka ada ialah BPL on Demand, Eurosport, Football Channel, ESPN, EurosportNews, GoalTV1, Goal TV2, Golf Channel, Sports HD, Star Sports, Super Sports, Super Sports Plus dan WWE Series on Demand.

Berbanding dengan Malaysia, mmg ketara jumlah saluran dan harga yang dibayar oleh peminat sukan untuk menonton dan memilih saluran sukan yang mereka mahukan. Walaupun skala negara mereka kecil berbanding dengan Malaysia, maka astro seharusnya mampu bersaing dengan StarHub(Singapura), di mana mereka mampu menyediakan dengan harga yang kompetitif untuk pelanggan-pelanggan mereka di Singapura.

Bermula 1 Ogos ini juga, pelanggan astro terpaksa membayar lebih untuk menonton pasukan kegemaran mereka yang bakal beraksi tidak lama lagi. Sebyk RM32.00 sahaja untuk menonton saluran sukan (itu tak masuk lagi pakej-pakej yang dilanggan). Sekiranya saluran tersebut ditambah saluran lagi sebyk 4-5 saluran lagi untuk pakej sukan sahaja, mungkin terasa berbaloi lah bagi peminat-peminat sukan di Malaysia untuk menonton.

nota kecil : astro selalu memberikan alasan yang sama bila mereka naikkan harga yuran langganan mereka. Alasan mereka, tak dapat nak menampung kenaikan harga kos. Kalau tak silap saya, astro baru sahaja menaikkan harga yuran langganan. Tgk berita mereka di ruangan Korporat (Utusan), ASTRO untung sebanyak bla bla bla bla.

Mungkin juga bagi peminat2 bola akan menonton di kedai2 mamak yang menyediakan astro yang melanggan Pakej Sports untuk menonton pasukan kegemaran mereka beraksi.

Thursday, July 23, 2009

Reunion Again



Pada hari Sabtu ini - 25 Julai 2009, The Hijaurians atau rakan kelas sekolah rendah kelas Hijau akan berkumpul sekali lagi.

Tempat berkumpul kali nie, di Restoran Tupai-tupai. Perjumpaan biasanya dibuat pada malam hari. Tapi kali ini ia ditukar kepada siang hari pula. Mungkin masa untuk berjumpa dengan diorang2 ini lebih panjang dan santai.

Jumpa korang di sana.........

Wednesday, July 22, 2009

Tahniah.

Lama dah saya tak update blog nie. Bukannya apa, sejak akhir nie ada aje kerja. So, nak tak nak, kena settle kan dulu kerja2 saya tersebut. Kalau tak buat, menimbunlah jawapannya.



2 Minggu lepas, Mak Ngah call mak saya dengan khabar gembira iaitu anak Mak Ngah saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di luar negara. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Palacký University of Olomouc, Czech Republic selama 6 tahun.

Tahniah la saya ucapkan kepada Nur Suhaila bte Rusli kerana telah mendapat tawaran belajar di sana. Dia nie, anak Pak Ngah saya yang bekerja di JSTKBP, DBKL. Masa saya melihat dokumen tawaran tersebut, Jumlah yang ditawarkan kepada beliau adalah sebanyak RM564,000.00. Wahh !!! satu jumlah yang besar bagi saya. Beliau cakap dengan saya, kalau lulus bidang yang kita ambil tue. Tak bayar dan di kira sebagai biasiswa. Kalau tak lulus, kena bayar sebanyak 7% daripada jumlah yang diberikan. Maksud lulus dan tidak lulus di sini ialah, jumlah CPGA keseluruhan mestilah kena lebih dari 3.80. Manakala jika seseorang tue mendapat CPGA kurang daripada 3.50. Kena bayar la sbyk 7% (lebih kurang RM39,840.00).

Beliau akan berangkat ke sana kemungkinan 2 minggu umat Islam menyambut Aidilfitri iaitu 7 Sept 2009. Ini bermakna beliau akan merayakan Aidilfitri di perantauan.

Sebagai keluarga, saya dan ahli keluarga yang lain turut tumpang gembira dan mendoakan semoga beliau sukses di sana dan membawa ijazah demi untuk keluarga, bangsa dan negara.

Apa yang saya boleh ceritakan sepupu saya yang mendapat tawaran belajar di Czech Republic. Dia mmg seorang ulat buku. Ada aje buku di tangan beliau. Event kalau hari raya pon, beliau tetap akan membawa buku ke mana-mana sahaja. Sebelum tido pon, beliau tetap akan menatap buku terlebih dahulu sebelum beliau melelapkan mata.

nota kecil : teringat ketika zaman belajar dulu............

Tuesday, June 30, 2009

Betapa kejamnya......



Dalam semua akhbar di Malaysia, menceritakan mengenai seorang wanita yang telah melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah bilik air di Wisma Bola Sepak Pahang dan kemudiannya membunuh anak yang dilahirkan oleh beliau sendiri dengan merendam bayinya ke dalam sebuah tong cat yang di isi dengan air. Mengucap panjang saya ketika itu. Ya Allah, betapa kejamnya manusia yang bergelar seorang ibu tersebut membunuh anaknya tidak berdosa itu.

Saya percaya, ramai di kalangan rakyat Malaysia begitu marah dan mungkin ada yang ingin menumbuk wanita tersebut kerana tindakan wanita tersebut membunuh anaknya sendiri dengan cara merendam anak tersebut ke dalam tong cat yang dipenuhi dengan air.

Dimanakah sifat keibuan yang sepatutnya ada pada wanita tersebut. Dimanakah naluri ibu pada wanita tersebut. Apakah dosa bayi tersebut sehingga sanggup membunuhnya dengan keadaan kejam sebegitu. Adakah ia satu beban bagi wanita tersebut untuk memelihara dan membesarkan bayi tersebut.

Apa yang mampu saya katakan, wanita tersebut sememangnya seorang yang begitu kejam kepada darah dagingnya sendiri. Tiada sifat keibuan dan juga tiada naluri untuk menjadi seorang ibu yang baik.

Al-Fatihah untuk bayi tersebut yang mati dalam keadaan yang menyayatkan hati seluruh rakyat Malaysia.

Friday, June 19, 2009

Selamat Hari Bapa





Selamat Hari Bapa kepada semua bapa2 di seluruh Malaysia termasuk juga kepada bapa saya iaitu En. Ibrahim bin Kalil.

Tak lupa juga kepada insan2 yang bakal bergelar bapa. SELAMAT HARI BAPA.

Tuesday, June 16, 2009

Hasil Kajian dari Dato' Dr. Fadzillah Kamsah

saya tertarik dengan kajian yang dibuat ini.....mcm ade kene mengena ngn perangai saya...hehheeheee... saya DISEMBER lorrrrr.... looking 4ward nak tambah artikel menarik kat dalam blog....

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan olehYang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* Orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Monday, June 15, 2009

KITA SEBENARNYA

Kita Sebenarnya - Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharam.

Kita Sebenarnya - Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.

Kita Sebenarnya - Lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.

Kita Sebenarnya - Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.

Kita Sebenarnya - Lebih suka lepak, tengok TV dan tidur daripada Sembahyang.

Kita Sebenarnya - Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada kisah nabi-nabi kita.

Kita Sebenarnya - Lebih suka menyebut Hello!, Hai! daripada Assalamualaikum.

Kita Sebenarnya - Lebih suka menyanyi daripada Berwirid dan Bertahmid.

Kita Sebenarnya - Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan (Allah).

Kita Sebenarnya - Lebih suka membaca majalah hiburan daripada Buku-buka Agama.

Kita Sebenarnya - Lebih suka pergi konsert, karaoke daripada Ceramah Agama.

Kita Sebenarnya - Lebih suka mengumpat orang lain daripada mengingati kebaikan orang.

Kita Sebenarnya - Lebih suka mencarut apabila melatah daripada menyebut nama Allah.

Kita Sebenarnya - Lebih suka kemungkaran daripada membuat membuat kebaikan.

Kita Sebenarnya - Lebih bangga dgn kejahilan daripada bersyukur dengan keimanan.

Kita Sebenarnya - Lebih cintakan duniawi daripada urusan Akhirat.

Friday, June 12, 2009

Gambar kenangan masa di SK Jalan Gurney (1)



Gambar nie merupakan gambar kenangan saya semasa saya belajar dulu di SK Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur. Sewaktu itu, saya baru darjah 6 kelasnya ialah kelas Hijau. Ketika itu tahun 1994.

Bila saya kenang2 dulu zaman sekolah rendah saya, terasa rindu pon ada, kelakar pon ada, sedih pon ada dan macam2 lagi perasaan yang ada. Rase sekejap aje masa berlalu dan tak sangka bila saya bandingkan zaman persekolahan saya dengan zaman pekerjaan saya sekarang. Mmg berbeza betul.

Kenang2 masa dulu, ramai yang tidak percaya dengan transformasi yang berlaku pada saya dan juga kawan2 saya. Mana taknya, zaman sekolah dulu, ada yang selekeh pastu bila besar dah jadi pelakon, arkitek, programmer, engineering dan macam2 lagi.

Saya pon masih lagi contact lagi dengan mereka2 ini dan kalau ada masa, kami semua akan hang-out sampai pukul 2-3 pagi......aktiviti kami pada malam itu ada borak2 apa saje topik.....

nota kecil : rindu dengan cikgu Noraishah. Walaupun dia garang, tp hati dia tetap baik dan sayangkan anak2 murid beliau..... Keep in touch.

Tuesday, June 2, 2009

Happy Birthday........


Saya ingin mengucapkan Happy 10th Birthday buat anak buah saya, iaitu Ahmad Redzuan bin Latiff. Dia nie anak kepada abg saya.........



Ucapan saya kepada anak buah saya nie ialah semoga panjang umur, murah rezeki, belajar rajin2 serta berusaha untuk menjadi insan yang berguna kepada ibubapa dan juga masyarakat sekeliling.

p/s : ada something acik wan nak kasi kat wan jr. nanti.......acik xboleh nak bagi tau kat sini, kalau bagi tau jugak, bukan surprise nama dia......huhuhuhuh

Friday, May 22, 2009

1st Tag from Kak N.....

Saya baru saje menjenguk ke blog Kak Siti N dan saya di "tag" oleh beliau....... Di bawah ini, saya sertakan soalan dan jawapan sekali :

4 names that friends call U:
- ridzwan
- wan
- mael (budak2 opis panggil)
- pakcik wan (nama panggilan masa belajar dulu, tp kalau jumpa dgn diorang still guna lagi)

4 most important dates in your life:
- 14/12/1982 (my besday)
- 15/10/1957 (besday mak)
- 06/08/2004 (besday anak buah, ain)
- 30/10/2009 (renew lesen)


4 things you've done in the last 30 minutes:
- baru balik dari masjid
- reading blogs
- terima panggilan dari kawan lama
- download lagu : Meet Uncle Hussein (Putihnya Lukisan)

4 ways to be happy:
- duk rumah sambil makan. Huhuhuhu
- dengar lagu2
-
baca buku
- tgk wayang

4 gifts you would like to receive:
- blackberry (bila la org nak bagi nie.....huhuhu)
- tiket pelancongan
- laptop
- jam tangan

4 of your favourite hobbies:
- baca buku
- sakat anak buah sampai nangis.....huhuhu
- ambil gambar
-
travelling (Cuti2 Malaysia)

4 places you want to go for vacation:
- Australia
- New Zealand
- Redang Island
- Japan

4 things always found in your bag:
- handphone
- kunci kereta & kunci rumah
- dompet
- discman

Top 4 u love so much:
- ayahanda dan bonda
- famili abg saya dan juga adik2 saya
- anak2 buah saya
- kawan2 saya

Top 4 things 'special' for you:
- nampak muda (huhuhuhu)
- suka bantu org
- suka no.9
- suka chocolate (pantang jumpa tp tak boleh makan banyak, nanti...................susah wooo!!)

Top 4 who you would like to answer this survey:
-
saper yang baca dan yg secara sukarela yang nak kena tag.....huhuhu

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI BELIA & SELAMAT HARI GURU



  • 1. Hari nie 15 May 2009, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI BELIA kepada semua belia2 di luar sana. Semoga belia2 di Malaysia sentiasa cemerlang dan terbilang serta menjadi role model kepada seluruh belia di seluruh dunia.
  • Esok 16 May 2009 merupakan sambutan Hari Guru. Di sini juga, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada cikgu2 yang pernah mengajar saya dengan ilmu yang amat manfaat kepada saya serta mengubah saya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Kejayaan hari ini juga adalah kejayaan cikgu2 semua. Terima kasih.
nota kecil : saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi yang jatuh pada hari nie kepada kakak saya iaitu Kak Syima. Semoga panjang umur, murah rezeki serta sentiasa berbahagia di samping orang2 tersayang.

Monday, May 11, 2009

pening2x.....

Mulai akhir bulan Mei 2009, saya telah mendapat undangan untuk mengikuti percutian. Ada dari abg saya, kawan2 time belajar dulu, kawan2 sekolah, pakcik2 dan makcik2 saya, sepupu2 saya dan ramai lagi yang telah mengajak saya untuk turut serta dalam percutian mereka.

Antara tempat2 yang ditawarkan oleh mereka2 sekalian ialah Bandung, Indonesia, Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Taman Negara Pahang, Cameron Highlands, Singapore (melawat pakcik2 dan makcik yang tinggal di sana), Negara Indo-China (Vietnam, Kemboja, Loas), Sabah & Sarawak dan banyak lagi tempat yang tak saya mention.

Menurut rase hati, mmg saya nak pegi ke semua tempat tersebut. Masalah utamanya ialah kewangan. Dah lah semua tarikh2 tersebut dekat2 pulak tue, pastu duit semua nak guna. Takkan saya nak pegi sana tak berduit. Tak sedap pulak kan kalau pegi berjalan tak berduit. Lagipon raya dah lama, pertengahan bulan 8 dah mula puasa dan seterusnya on the next month, raya menjelma. Duit nak guna jugak kan. Terpaksalah kumpul duit.

Apa2pun, saya akan fikirkan tmpt percutian saya tersebut. Bergantung kepada kewangan dan juga masa yang sesuai buat saya. Kalau ada orang yang ingin tanggung semua, Insya Allah akan saya pegi. May be percutian dalam negara yang akan saya pegi. Kalau nak pegi bercuti di luar negara, masalah pertukaran wang yang jadi masalah. Kemudian makanan2 pulak. Itupun kena duit juga tue kan.

nota kecil : teringin menjejakkan kaki ke Mekah. Semoga permintaan saya ini dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Friday, May 8, 2009

H.A.P.P.Y. M.O.T.H.E.R'S. D.A.Y



Tanggal 10 Mei 2009 bersamaan dengan 15 Jamadilawwal 1430 merupakan Sambutan Hari Ibu di seluruh Malaysia dan juga hampir seluruh dunia.

Pengorbanan seorang insan yang bernama IBU amatlah besar. Dialah yang mengandungkan kita selama 9 bulan, melahirkan kita, membelai kita, menjaga kita dan memberi pendidikan kepada kita sehingga kita berjaya mengecapi hari ini.

Bagi saya, makna Hari Ibu amat besar bagi diri saya sebagai seorang anak. Ia tidak boleh digambarkan melalui kata-kata. Dan bagi saya, tidak semestinya Hari Ibu kita menunjukkan kasih sayang kepada dia. Sebenarnya hari-hari yang kita lalui inilah kita menghargai ibu kita dan menyayangi ibu dengan sepenuh hati kita.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan HARI IBU kepada ibu saya iaitu, PN. RUMIYAH AHMAD. Saya rasa bertuah kerana mempunyai ibu seperti dia dan saya amat hargai apa yang diberikan kepada saya selama ini. Saya juga mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu di Malaysia dan bagi sesiapa yang masih mempunyai Ibu, sayangilah dan hargai mereka selagi ibu masih ada lagi.

nota kecil : hati saya terasa saya bila lagu Oh Ibu nyanyian Mamat Exist dan juga Ayah dan Ibu dendangan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad.

Wednesday, April 29, 2009

ridzwan or mael.......

Kenapa saya menulis entry terbaru saya seperti tue.....???? Actually, ridzwan dan mael merupakan individu yang sama saje, cuma nama aje yang beza. Dari segi perwatakan pulak, sama juga di antara ridzwan dan mael tue. Nama mael ini, hanya di office saja mereka panggil (dikalangan org2 JTMK). Nie kira nama manja kot..... hahahhaha....Tapi kan, most of them, ada di kalangan pegawai dan kakitangan JTMK tak tahu nama sebenar saya dan ada juga yang confuse. Diorang ingat, nama MAEL ini hanya panggilan saja and my real name is ISMAIL IBRAHIM........

Nama sebenar saya ialah Mohamad Ridzwan Ibrahim. Manakala nama MAEL ini datang apabila saya mula2 berkhidmat di JTMK, DBKL 7 tahun lepas, iaitu tahun 2003. Nama ini diberi oleh En. Hashim bin Jaafar yang ketika itu yang arrange batch baru masuk ke JTMK. Ada juga yang ingat nama Ismail nie merupakan nama ayah saya...... Melekat juga la nama MAEL nie sampai sekarang kan....... Bila saya tanya kepada mereka yang memberi nama MAEL nie kepada saya, Kenapa bagi nama nie...??? Then, diorang pon jawab la. Sebelum saya masuk ke JTMK, ada seorang pelajar praktikal yang membuat praktikal di JTMK dan namanya ISMAIL dan wajahnya seakan-akan saya, siap dengan specs (diorang yang cakap.....huhuhuh). Saya pon xtahu wajah sebenar a real ISMAIL. Dan saya rase, may be diorang2 nie rindu pada ISMAIL tersebut......hehehehe.

Saya rase mcm serasi bila diorang panggil nama MAEL nie. Secara automatic bila ada yang mention MAEL, saya akan pandang. Nama nie, mungkin juga kena dengan diri saya nie kan....... dan juga boleh dikatakan sesuai dan berkat kalau ia nama sebenar saya. ISMAIL BIN IBRAHIM. Nama nabi Ismail anak kepada Nabi Ibrahim. Part of them, ada juga yang memanggil nama WAN. Rase macam kekok aje bila ada orang yang memanggil dengan nama WAN tue....pelik la pulak.......Tapi saya still tetap toleh sebab dalam 95% saya menggunakan nama tue dalam semua keadaan dan situasi. MAEL pulak hanya 5% aje. Terhad la nama MAEL nie kan.......

Nama ini may be akan melekat sehingga saya berkhidmat dengan JTMK. Mana taknya, bila staff baru masuk diorang panggil saya dengan MAEL. Budak pratikal masuk pon panggil saya dengan MAEL. Kalau telefon pon sama. Diorang akan tanya siapa person-incharge, maka orang yang di soal tadi akan jawab. En. ISMAIL atau En. Mael. Sedeynnnyaaaaaaa.............

Satu situasi yang pernah di alami oleh saya mengenai nama MAEL nie. JTMK pernah mengadakan Family Day di Cherating pada tahun 2005. Saya turut join family day tersebut. Ia terjadi masa nak bahagi2 kumpulan. Setelah dah dapat kumpulan masing2, saya pon pegi kepada kumpulan tersebut. Setelah ketua kumpulan check anak buah masing2x dalam list nama tue. Bila turn saya, dia tgk dalam list tersebut, tak ada pon nama ISMAIL dalam tue. Then dia siap cakap lagi. Aku cari MOHAMAD RIDZWAN, bukan ISMAIL. Kecil hati gak time tue kan.....saya pon tak kisah. Saya terus cakap la yang MOHAMAD RIDZWAN tue saya la orangnya. MAEL tue, budak2 panggil saya. Dia siap cakap lagi, mati2 ingat nama sebenar saya ISMAIL. Lagi seddeeyyyyyyyy...........

Dari segi spelling name nie pon diorang dah bagi siap2. MAEL, lain kan spelling dia. Nampak macam english sikit. Heheheheh............Kalau letak spelling MAIL......may be yang akan ingat surat. Sebab spelling dia sama erti dengan sampul surat.

Apa2pun, terima kasih kepada yang memberi nama ini kepada saya. Akan saya hargai sampai bila2 dan mmg tak sangka yang ia melekat sehingga hari nie. Even, kalau yang ada family, mereka juga turut memanggil nama MAEL tue.

nota : kalau letak nama MOHAMAD RIDZWAN ISMAEL BIN IBRAHIM, panjang la pulak saya register dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Lagi satu, sebenarnya saya rindu orang ingin memanggil nama saya dengan WAN.

Monday, April 27, 2009

Sambutan 100 tahun Pengakap Malaysia

Hari Sabtu lepas, 25 April 2009 abg saya telah mengajak saya dan famili dia untuk mengikut Sambutan 100 tahun pengakap Malaysia iaitu ia merupakan satu perhimpunan raksasa pengakap yang dihadiri oleh beribu ahli pengakap dari seluruh Malaysia bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Perhimpunan ini juga turut dihadiri oleh pengakap antarabangsa, antaranya dari Indonesia, Singapore, Thailand, Australia, Bangladesh, Nepal dan lain2 negara lagi.........


Seawal 8.00 pagi saya dan famili abg saya telah terpacak di Stadium Negara. Pegi awal2 pon sebenarnya nak dapatkan parking keta kat sana. Dapat juga parkir kat sana walaupun yang berbayar. Hu3x. Acara pon lambat lagi nak mula, saya mula rase bosan kat sana...... Anak sedara saya pulak dah mula buat perangai. Merengek aje keja dia..........

Mulai pukul 9.15 pagi, Stadium Negara mula dipenuhi dengan ahli2 pengakap dari seluruh negara dan mula kedengaran lagu2 pengakap berkumandang oleh mereka. Mereka juga turut menunjuk kehebatan mereka dengan tepukan pengakap, lagu pengakap mereka dan lain2 lagi sehingga mencetus sikap setiakawan antara satu sama lain.

Pukul 10.00 pagi, ketibaan Tun Abdullah Ahmad Badwi selaku Presiden Terhormat Pengakap Malaysia di Stadium Negara. Antara lain yang turut hadir ialah, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Belia dan Sukan, dan juga Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Acara berlarutan sehingga jam 12.30tghari.

nota kecil : xsempat nak ambil gambar. tgh syok tgk persembahan dari pengakap. Apa2pun, saya enjoy juga mengikuti rombongan abg saya ini ke Stadium Negara tersebut. Tgh tunggu bila nak pegi mencandat sotong nie..........

Wednesday, April 22, 2009

Nama tasik terpanjang......

Dalam akhbar utama hari nie, saya begitu tertarik dengan satu artikel ini, iaitu nama tasik terpanjang di dunia. Ini berlaku di WEBSTER, Massachusetts di mana sebuah tasik di Massachusetts mempunyai sebanyak 45 huruf. Banyak betul huruf dia kan. Apa yang menghairankan saya, huruf tersebut disambungkan antara 45 huruf tersebut. Nama tasik tersebut ialah, Tasik Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg. Panjang betulkan. Mcmana nak sebut nama tasik tersebut. Saya sendiri pon tak boleh nak menyebutnya.

Pelbagai cerita dan legenda mengenai asal-usul nama tasik itu diambil daripada perkataan Red Indian. Mitos popular (yang kemudiannya ditolak) mendakwa, ia bermaksud `Awak pancing di sebelah awak, saya pancing di sebelah saya dan tiada siapa memancing di tengah-tengah'.

Begitulah mitos tasik tersebut menurut orang Red Indian di sana. 'Awak duduk di sebelah awak, saya duduk di sebelah saya dan tiada siapa duduk di tengah-tengah'.

Thursday, April 16, 2009

Proton Exora : Malaysia's first MPV...



Proton EXORA, Anda Pasti Terpegun. Itulah tagline bagi kereta nasional terbaru yang dilancarkan mlm tadi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).



Exora merupakan model yang ke-15 dilancarkan dari PROTON. Ia berkapasiti 7 tempat duduk termasuk pemandu yang menggunakan enjin Campro CPS 4 Silinder DOHC 16V. Saya rasa, ia merupakan kenderaan yang dicari-cari oleh rakyat Malaysia kerana dari rekabentuk sehinggalah kepada harga Exora semuanya dicipta untuk rakyat Malaysia.



Harga yang ditawarkan juga sangat2 berpatutan untuk rakyat Malaysia. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM69,998 sehingga RM75,988 bagi transmisi automatik sahaja. Bagi transmisi manual, akan menyusul kemudian. Saya rase, mcm nak beli aje Exora nie. Mmg terpegun saya tgk Exora lama2. Nama dia pon kira sesuai sgt dengan dia.



Apa2pun, tahniah saya ucapkan kepada Proton kerana berjaya mengeluarkan Exora untuk rakyat Malaysia. Harga yang ditawarkan juga amat murah dan berpatutan. Inilah yang dikatakan Kereta untuk Malaysia.









Thursday, April 9, 2009

Senarai penuh barisan Kabinet baru.....

Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Perdana Menteri :
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri :
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri:
Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Menteri:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri:
Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Menteri:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri:
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR (Kementerian baru)

Menteri:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri:
Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Menteri:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Menteri:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI

Menteri:
Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri:
Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri:
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri:
Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri:
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri:
Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menteri:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Menteri:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri:
Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menteri:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri :
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri:
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Menteri:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri:
Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri:
Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menteri:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri:
Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR

Menteri:
Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Menteri:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri:
Datuk M. Saravanan

IKLAN