Tuesday, June 30, 2009

Betapa kejamnya......



Dalam semua akhbar di Malaysia, menceritakan mengenai seorang wanita yang telah melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah bilik air di Wisma Bola Sepak Pahang dan kemudiannya membunuh anak yang dilahirkan oleh beliau sendiri dengan merendam bayinya ke dalam sebuah tong cat yang di isi dengan air. Mengucap panjang saya ketika itu. Ya Allah, betapa kejamnya manusia yang bergelar seorang ibu tersebut membunuh anaknya tidak berdosa itu.

Saya percaya, ramai di kalangan rakyat Malaysia begitu marah dan mungkin ada yang ingin menumbuk wanita tersebut kerana tindakan wanita tersebut membunuh anaknya sendiri dengan cara merendam anak tersebut ke dalam tong cat yang dipenuhi dengan air.

Dimanakah sifat keibuan yang sepatutnya ada pada wanita tersebut. Dimanakah naluri ibu pada wanita tersebut. Apakah dosa bayi tersebut sehingga sanggup membunuhnya dengan keadaan kejam sebegitu. Adakah ia satu beban bagi wanita tersebut untuk memelihara dan membesarkan bayi tersebut.

Apa yang mampu saya katakan, wanita tersebut sememangnya seorang yang begitu kejam kepada darah dagingnya sendiri. Tiada sifat keibuan dan juga tiada naluri untuk menjadi seorang ibu yang baik.

Al-Fatihah untuk bayi tersebut yang mati dalam keadaan yang menyayatkan hati seluruh rakyat Malaysia.

No comments:

IKLAN