Wednesday, July 22, 2009

Tahniah.

Lama dah saya tak update blog nie. Bukannya apa, sejak akhir nie ada aje kerja. So, nak tak nak, kena settle kan dulu kerja2 saya tersebut. Kalau tak buat, menimbunlah jawapannya.



2 Minggu lepas, Mak Ngah call mak saya dengan khabar gembira iaitu anak Mak Ngah saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di luar negara. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Palacký University of Olomouc, Czech Republic selama 6 tahun.

Tahniah la saya ucapkan kepada Nur Suhaila bte Rusli kerana telah mendapat tawaran belajar di sana. Dia nie, anak Pak Ngah saya yang bekerja di JSTKBP, DBKL. Masa saya melihat dokumen tawaran tersebut, Jumlah yang ditawarkan kepada beliau adalah sebanyak RM564,000.00. Wahh !!! satu jumlah yang besar bagi saya. Beliau cakap dengan saya, kalau lulus bidang yang kita ambil tue. Tak bayar dan di kira sebagai biasiswa. Kalau tak lulus, kena bayar sebanyak 7% daripada jumlah yang diberikan. Maksud lulus dan tidak lulus di sini ialah, jumlah CPGA keseluruhan mestilah kena lebih dari 3.80. Manakala jika seseorang tue mendapat CPGA kurang daripada 3.50. Kena bayar la sbyk 7% (lebih kurang RM39,840.00).

Beliau akan berangkat ke sana kemungkinan 2 minggu umat Islam menyambut Aidilfitri iaitu 7 Sept 2009. Ini bermakna beliau akan merayakan Aidilfitri di perantauan.

Sebagai keluarga, saya dan ahli keluarga yang lain turut tumpang gembira dan mendoakan semoga beliau sukses di sana dan membawa ijazah demi untuk keluarga, bangsa dan negara.

Apa yang saya boleh ceritakan sepupu saya yang mendapat tawaran belajar di Czech Republic. Dia mmg seorang ulat buku. Ada aje buku di tangan beliau. Event kalau hari raya pon, beliau tetap akan membawa buku ke mana-mana sahaja. Sebelum tido pon, beliau tetap akan menatap buku terlebih dahulu sebelum beliau melelapkan mata.

nota kecil : teringat ketika zaman belajar dulu............

No comments:

IKLAN