Friday, January 14, 2011

Ranking Bola Sepak Malaysia dari FIFA



Walaupun saya merupakan "kaki bangku" dalam sukan bola sepak ini, saya juga perlu mengetahui juga perkembangan sukan yang paling popular di seluruh dunia ini termasuk juga dengan Malaysia. Pergilah ke mana-mana pon, di kedai mamak, McD ataupun restoran melayu ada saje menyiarkan perlawanan bola. Tidak kira lah bola sepak tempatan (Liga M) ataupun yang melibatkan kelab2 bola yang ternama seperti Man U., Chelsea, Arsenal ataupun Liga Sepanyol, pasti akan mendapat tempat buat rakyat Malaysia.



Malam tadi, saya menjengah ke laman web rasmi FIFA untuk melihat kedudukan pasukan bola sepak Malaysia selepas memenangi AFF Suzuki Cup 2010. Adakah kedudukan negara berubah selepas kemenangan tempoh hari. Jawapannya ialah, kedudukan Malaysia adalah di tempat ke-142 dengan point 145. Naik sebanyak 2 anak tangga di mana kedudukan sebelum ini adalah di tempat ke-144.

Manakala, kedudukan bola sepak Indonesia pula adalah di tempat ke-126 dengan point sebanyak 224, naik sebanyak 1 anak tangga. Sebelum ini, Indonesia berada di tangga ke-127. Walaupun kalah pada pasukan Malaysia, posisi Indonesia di tangga kedudukan bola sepak FIFA, naik sebanyak 1 anak tangga.

Melihat senario sukan bola sepak Malaysia, kedudukan yang paling baik yang dikecapi oleh Malaysia ialah pada kedudukan 79, iaitu pada tahun 1993 dan berjaya mengekalkan kedudukan baik pada kedudukan 87, pada tahun 1997 dan seterusnya kedudukan terus jatuh.

Walaupun naik sebanyak 2 anak tangga, saya berharap ia akan menjadi momentum kepada pasukan negara untuk bergerak maju di arena sukan bola sepak negara. Cita-cita Malaysia untuk sampai ke Olimpik dan juga Piala Dunia, moga-moga tercapai. Dan juga memastikan kedudukan Malaysia pada Ranking Bola Sepak seperti dahulu.

Monday, January 10, 2011

AJL 25 : Tahniah Ana Raffali ... !!!!!!!!!!!

Tidak di sangka-sangka. Begitulah tuah badan seorang wanita bernama Ana Raffali di mana bakatnya mula dicungkil hanya melalui Youtube oleh seorang komposer, kini telah muncul sebagai juara baru bagi Anugerah Juara Lagu edisi ke 25.



Beliau baru sahaja dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu 25 yang baru sahaja berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Lagu Tolong Ingatkan Aku sesungguhnya membawa tuah kepada beliau. Di mana lagu tersebut adalah sepenuhnya dari beliau sendiri. Beliaulah pencipta lagu tersebut, beliaulah menulis lirik tersebut dan juga beliau juga menyanyi lagu tersebut. Apa2pun, tahniah dari saya.



Berbalik pada AJL 25 yang baru sahaja berlangsung, semua finalist yang membuat persembahan pada malam tersebut, semuanya hebat-hebat belaka dan susah untuk memilih sang juara yang baru bagi edisi ke25. Di mana, semua finalist semuanya mempunyai peluang untuk menjadi yang terbaik pada malam AJL 25. Nampaknya, rezeki AJL 25 berpihak kepada Ana Raffali dan sememangnya sudah tertulis bahawa beliau akan muncul juara bagi anugerah yang berprestij ini. Alhamdulillah.....

Mengenai tekaan saya pada smlm, di mana saya telah meneka bahawa Lagu Drama King, dendangan Black feat Meet Uncle Hussein akan muncul juara. Nampaknya tekaan saya meleset. Lagu yang saya teka untuk menjadi Juara AJL, menjadi Naib Juara. Itu adalah tekaan saya sahaja. Mengenai tekaan yang lain, kebanyakannya tersasar walaupun pada tempatnya. Sila klik di sini untuk melihat tekaan saya.

Di bawah ini adalah keputusan rasmi yang sebenar.

Juara AJL 25 - Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku)

Naib Juara AJL 25 - Black feat Meet Uncle Hussein (Drama King)

Tempat Ketiga AJL 25 - Hafiz (Noktah Cinta)

Persembahan Terbaik AJL 25 - Faizal Tahir (Hanyut)

Vokal Terbaik AJL 25 - Hafiz (Noktah Cinta)


Sunday, January 9, 2011

AJL 25. Lagu manakah yang akan dinobatkan sebagai Juara AJL 25?

AJL 25 tahun ini pastinya rakyat Malaysia tertunggu-tunggu kemunculannya. Begitu juga dengan saya. Kerana saya juga ingin tahu, lagu manakah yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu bagi edisi ke 25. AJL 25 kali ini akan berlangsung pada 09 Januari 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan akan disiarkan secara langsung terus kepada anda di TV3.



Tema AJL 25 kali ini adalah bertemakan Pemetaan Muzik atau Music Mapping akan mempertaruhkan sebanyak 14 buah lagu yang layak ke Pentas AJL kali ini. Pastinya, lagu-lagu yang dipertaruhkan oleh komposer dan juga penulis lirik inginkan lagu mereka menjuarai AJL 25 kali ini.

Antara lagu yang akan dipertandingkan pada kali ini ialah :

Faizal Tahir - Hanyut

Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Hafiz - Noktah Cinta

Meet Uncle Hussain - Drama King

Adira - Ku Ada Kamu

Yuna - Cinta Sempurna

A.P.I - Pelita

Tomok - Berlari

Black - Sofea Jane

Hujan - Mencari Konklusi

Faizal Tahir - Selamat Malam

Bunkface - Extravaganza

Stacy - Jahat

Anna Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Selain lagu yang diperbualkan, pastinya hadiah juga turut diperkatakan pada setiap berlangsungnya AJL. Pada edisi AJL 25 kali ini, Juara AJL25 bakal memenangi trofi dan wang tunai RM35,000, naib juara (trofi & wang tunai RM15,000), tempat ketiga (trofi & wang tunai RM12,000), persembahan terbaik (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik (trofi & wang tunai RM10,000).

Sama-samalah kita saksikan siapakah yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu pada kali ini.

nota kecil :

Tekaan saya :-

Juara Lagu - Meet Uncle Hussein (Drama King)

Tempat Kedua - Faizal Tahir (Hanyut)

Tempat Ketiga - Adira (Ku Ada Kamu)

Persembahan Terbaik - Ana Rafali (Tolong Ingatkan Aku)

Vokal Terbaik - Yuna (Cinta Sempurna)

IKLAN