Thursday, March 26, 2009

Transformasi UMNO sudah bermula.



Mlm tadi, saya melihat berlangsungnya keputusan pemilihan ketua dan juga ahli exco bagi ketiga-tiga sayap utama UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri. Apa yang boleh saya simpulkan, keputusan tersebut adalah satu kejutan bagi komponen Pemuda dan Puteri UMNO. Bagi komponen Wanita UMNO pula, memang sudah dijangka kemenangan beliau.

Tahniah saya ucapkan kepada ketiga-tiga calon yang telah berjaya di dalam pemilihan ketua mlm tadi. Mereka adalah Datuk Seri Shahrizat bte Abdul Jalil (Ketua Wanita), Saudara Khairy Jamaluddin (KJ), selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru dan Ketua Puteri UMNO telah berjaya disandang oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Seramai 60 orang exco yang telah dipilih oleh perwakilan di mana setiap sayap UMNO masing-masing mempunyai 20 orang exco.

Majoriti yang saya lihat pada ketiga-tiga komponen sayap utama UMNO tersebut adalah muka orang baru yang berjaya menduduki kerusi exco dan mereka ini terjaya mendapat undian daripada perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO ke-59. Mereka yang telah dipilih sebenarnya mempunyai tugas yang amat berat sekali iaitu untuk memulih semula UMNO itu sendiri dan juga hala tuju UMNO.

Apapun yang saya berharap, dengan adanya Pemimpin serta ahli exco yang baru ini, segala transfromasi dapat dilakukan demi untuk bangsa melayu sendiri dan juga untuk bangsa, agama dan negara agar parti yang telah lama didukungi oleh rakyat Malaysia ini masih relevan pada masa kini.

Wednesday, March 25, 2009

Let's Join


Tuesday, March 24, 2009

Melawat Negara Orang : Hatyai 2008

Actually, buat masa ini saya xada citer baru lagi yang hendak dikongsi bersama. Tapi xapalah, kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika berada di negara orang, iaitu di Thailand. Ini merupakan negara yang ke2 saya lawati selepas Singapura.


Abg Sabri dengan Abg Latiff.

Tujuan saya ke sana adalah untuk bercuti sahaja sambil melihat negara orang. Inipun abg saya (Latiff) yang sudi ajak bercuti ke sana. Apa2pun saya ingin ucapkan terima kasih sebab sudi belanja saya kat sana. Lain kali, kalau ada cuti2 malaysia lagi jgn lupa pada saya. Huhuhuhu.



Kami ke sana pun atas rombongan yang diketuai oleh abg saya sendiri. Antara yang mengikuti rombongan tersebut keluarga abg saya (Kak Syima, Wan JR, Aisya dan Ain), saya dan juga adik saya (Firdaus), Abg Sabri dan keluarga, Kak Watie dan Keluarga, Abg Yazid dan wife serta saudara, Abg Rashid dan famili serta kawan2 abg saya.


Firdaus dgn Ayiep

Dari Kuala Lumpur, saya dan rombongan yang lain menaiki sebuah bas. Tepat pukul 11.00 mlm rombongan kami dah mula bertolak dan sampai di sana tepat jam 6.00 pagi. Keadaan di sana dah mula terang. Sampai aje di sana, saya terus ke Money Changer. Saya terus tukar RM350 dan dapat lebih kurang dalam 3789.90 Thailand Baht.



Terdapat banyak perbezaan antara kedua-dua negara ini. Yang pertama dari segi bahasa, yang kedua dari segi masa, ketiga dari segi makanan, keempat dari segi mata wang dan yang terakhir dari segi persekitaran bandar.








Di sana, kami duduk di Hotel Regency. Hotel yang saya duduki betul2 di bandar Hatyai. Dekat dengan Shopping Mall, pasar basah, pasar malam dan juga rumah2 urutan. Pemandangan di sana serupa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.





Dari segi makanan pula, makanan org Thai dengan Malaysia lain. Di sana, masakan dan makanan mereka byk gunakan Sos Ikan dan pedas. Org Malaysia pula byk gunakan santan. Dari segi makanan halal, di sana ramai orang Islam yang berniaga, so saya dan yang lain tidak berasa risau dan bimbang disebabkan susah untuk mendapatkan makanan. Keunikan makanan yang terdapat di sini ialah, serangga goreng. Terdapat byk gerai2 yang menjual serangga goreng. Antara serangga yang di goreng seperti belalang, lipas, kala jengking, kumbang dan lain2 lagi.



Dari segi bahasa pula, mmg susah untuk berjumpa dengan org Thai yang boleh berbahasa Melayu dan English. Hanya segelintir sahaja yang boleh bercakap dalam bahasa Melayu atau English. Mereka di sana lebih mengutamakan bahasa mereka dari bahasa orang lain. So, kadang2, kalau saya bercakap dengan mereka seperti ayam dan itik. Saya bercakap English, mereka pula lebih senang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri.





Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan pengalaman percutian saya di Thailand untuk tatapan semua dan berharap dapat bercuti ke negara-negara yang lain pula.

Monday, March 23, 2009

Salam Perkenalan....

WELCOME TO http://mohamadridzwan.blogspot.com. Tajuknya Entiti Kehidupan. Ini merupakan address URL saya yang terkini. Sebelum ini, saya mmg ada blog sendiri, tetapi disebabkan busy saya terpaksa stop untuk blogging. Actually, ini merupakan blog saya yang ke-3. Harap2x lepas ini, ia akan kekallah.

Bagi yang sudah mengenali diri ini, terima kasih saya ucapkan kerana sudi mengenali diri ini. Bagi yang belum, sila-silalah berkenalan dengan saya. Nama penuh saya Mohamad Ridzwan Ibrahim. Umur 26 tahun dan telah kembali menjadi single.......

Entiti Kehidupan adalah tajuk blog saya. Ia adalah cerita mengenai kehidupan saya sekarang dan akan datang serta cerita mengenai kehidupan yang ada di sekeliling saya. Harap semua terhibur dengan blog saya ini. Selamat Datang kepada semua saya ucapkan.

IKLAN