Actually, buat masa ini saya xada citer baru lagi yang hendak dikongsi bersama. Tapi xapalah, kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika berada di negara orang, iaitu di Thailand. Ini merupakan negara yang ke2 saya lawati selepas Singapura.
Tujuan saya ke sana adalah untuk bercuti sahaja sambil melihat negara orang. Inipun abg saya (Latiff) yang sudi ajak bercuti ke sana. Apa2pun saya ingin ucapkan terima kasih sebab sudi belanja saya kat sana. Lain kali, kalau ada cuti2 malaysia lagi jgn lupa pada saya. Huhuhuhu.
Kami ke sana pun atas rombongan yang diketuai oleh abg saya sendiri. Antara yang mengikuti rombongan tersebut keluarga abg saya (Kak Syima, Wan JR, Aisya dan Ain), saya dan juga adik saya (Firdaus), Abg Sabri dan keluarga, Kak Watie dan Keluarga, Abg Yazid dan wife serta saudara, Abg Rashid dan famili serta kawan2 abg saya.
Dari Kuala Lumpur, saya dan rombongan yang lain menaiki sebuah bas. Tepat pukul 11.00 mlm rombongan kami dah mula bertolak dan sampai di sana tepat jam 6.00 pagi. Keadaan di sana dah mula terang. Sampai aje di sana, saya terus ke Money Changer. Saya terus tukar RM350 dan dapat lebih kurang dalam 3789.90 Thailand Baht.
Terdapat banyak perbezaan antara kedua-dua negara ini. Yang pertama dari segi bahasa, yang kedua dari segi masa, ketiga dari segi makanan, keempat dari segi mata wang dan yang terakhir dari segi persekitaran bandar.
Di sana, kami duduk di Hotel Regency. Hotel yang saya duduki betul2 di bandar Hatyai. Dekat dengan Shopping Mall, pasar basah, pasar malam dan juga rumah2 urutan. Pemandangan di sana serupa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Dari segi makanan pula, makanan org Thai dengan Malaysia lain. Di sana, masakan dan makanan mereka byk gunakan Sos Ikan dan pedas. Org Malaysia pula byk gunakan santan. Dari segi makanan halal, di sana ramai orang Islam yang berniaga, so saya dan yang lain tidak berasa risau dan bimbang disebabkan susah untuk mendapatkan makanan. Keunikan makanan yang terdapat di sini ialah, serangga goreng. Terdapat byk gerai2 yang menjual serangga goreng. Antara serangga yang di goreng seperti belalang, lipas, kala jengking, kumbang dan lain2 lagi.
Dari segi bahasa pula, mmg susah untuk berjumpa dengan org Thai yang boleh berbahasa Melayu dan English. Hanya segelintir sahaja yang boleh bercakap dalam bahasa Melayu atau English. Mereka di sana lebih mengutamakan bahasa mereka dari bahasa orang lain. So, kadang2, kalau saya bercakap dengan mereka seperti ayam dan itik. Saya bercakap English, mereka pula lebih senang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri.
Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan pengalaman percutian saya di Thailand untuk tatapan semua dan berharap dapat bercuti ke negara-negara yang lain pula.
No comments:
Post a Comment