Mlm tadi, saya melihat berlangsungnya keputusan pemilihan ketua dan juga ahli exco bagi ketiga-tiga sayap utama UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri. Apa yang boleh saya simpulkan, keputusan tersebut adalah satu kejutan bagi komponen Pemuda dan Puteri UMNO. Bagi komponen Wanita UMNO pula, memang sudah dijangka kemenangan beliau.
Tahniah saya ucapkan kepada ketiga-tiga calon yang telah berjaya di dalam pemilihan ketua mlm tadi. Mereka adalah Datuk Seri Shahrizat bte Abdul Jalil (Ketua Wanita), Saudara Khairy Jamaluddin (KJ), selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru dan Ketua Puteri UMNO telah berjaya disandang oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Seramai 60 orang exco yang telah dipilih oleh perwakilan di mana setiap sayap UMNO masing-masing mempunyai 20 orang exco.
Majoriti yang saya lihat pada ketiga-tiga komponen sayap utama UMNO tersebut adalah muka orang baru yang berjaya menduduki kerusi exco dan mereka ini terjaya mendapat undian daripada perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO ke-59. Mereka yang telah dipilih sebenarnya mempunyai tugas yang amat berat sekali iaitu untuk memulih semula UMNO itu sendiri dan juga hala tuju UMNO.
Apapun yang saya berharap, dengan adanya Pemimpin serta ahli exco yang baru ini, segala transfromasi dapat dilakukan demi untuk bangsa melayu sendiri dan juga untuk bangsa, agama dan negara agar parti yang telah lama didukungi oleh rakyat Malaysia ini masih relevan pada masa kini.

No comments:
Post a Comment