Monday, October 19, 2009

I'm back......

Wah... !!!! Lamanya saya xupdate blog nie. Rasenya hampir sebulan lebih saya xupdate. Bukan apa.....sibuk satu hal, lagi satu sifat kemalasan telah mula membelenggu diri ini yang telah membuat saya xupdate blog nie sampai la ke hari ini.

Sebenarnya, byk gak cerita yang nak saya kongsikan. Nanti la saya ceritakan sikit2. Kalau citer hari nie, mau xabis satu hari satu malam. Huhuhu.........

Sepanjang 2hari lepas, macam biasa jemputan ke Rumah Terbuka masih berlangsung lagi. Itu la seronoknya menjadi rakyat Malaysia di mana kita sambut Aidilfitri sehingga sebulan. Mmg, sepanjang 2 hari lepas, dapat makan free aje kan...... Terima kasih kerana sudi menjemput saya ke rumah terbuka.

Sepanjang bulan Okt nie, 4 orang families member saya menyambut hari jadi masing2x. Bermula dengan adik bongsu saya iaitu Noor Wahidah (6 okt), kemudian abg saya (Latiff) pula yang menyambutnya pada 8 Okt. Kemudian pada minggu lepas pula, hari jadi mak saya iaitu Pn. Umi yang jatuh pada 15 Okt dan yang akhir sekali. Sepupu saya iaitu Mohd Saifullah yang akan menyambut harijadinya pada 30 Okt. Ucapan saya pada mereka semua, Selamat Hari Jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki serta sentiasa disayangi oleh orang2 yang berada disekeliling.

Saya baru saja membaca suratkhabar hari ini. PM kita, iaitu YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru saje mengumumkan bahawa, bermulanya 16 Sept 2010, Malaysia sekali lagi akan menerima satu lagi cuti awam iaitu sempena dengan Hari Malaysia. So, bertambah lagi cuti2 umum baru rakyat Malaysia. Itu la, bertanpa untungnya menjadi rakyat Malaysia........

IKLAN