Wednesday, March 10, 2010

Akhirnya........

Letih, xcukup tido, kena marah dan mcm2 lagi. Itu adalah rentetan yang saya harungi semasa saya membantu abg saya menyiapkan kertas kerja pencalonan Anugerah Belia Negara 2010 Peringkat Negeri. Tempoh yang diberi selama seminggu bagi menyiapkan kertas kerja tersebut amatlah memberi cabaran kepada kami (saya, abg dan juga kak mah) semua. Terlalu singkat bagi saya untuk menyiapkan kertas kerja tersebut. So, sebagai adik yang paling rapat dengan dia, terpaksa saya membantu abg saya menyiapkan kertas kerja pencalonan tersebut. Siapa lagi nk bantu kalau bukan keluarga sendiri kan.

Selama seminggu itu juga, saya bermalam di rumah abg saya bagi menyiapkan kertas kerja tersebut. Itu adalah tanda sokongan kami sekeluarga kepada dia. Saya juga memastikan agar kertas kerja tersebut lain daripada yang lain. Maksudnya, agar semua juri2 dapat memilih abg saya sebagai calon untuk memenangi anugerah tersebut bagi kategori kepimpinan.

Sebelum ini juga, abg saya pernah memenangi anugerah tersebut, iaitu pada tahun 2003. Di mana, pada ketika itu, abg saya mencalonkan diri dia dalam kategori Kesukarelaan. Alhamdulillah, mmg rezeki berpihak kepada abg saya pada ketika itu. Kami sekeluarga khususnya, amatlah gembira dgn kemenangan beliau itu.

Pada tahun ini juga, sekali lagi abg saya mencalonkan diri beliau sekali lagi bagi merebut Anugerah Belia Negara 2010 - Kategori Kepimpinan Peringkat Negeri. Difahamkan, hadiah yang ditawarkan kepada pemenang, agak lumayan juga. Saya tidak pasti berapakah nilai yang dimenangi kelak. Tapi, mmg agak lumayan gak. Pengumuman keputusan akan diketahui pada 15 Mei 2010 iaitu Hari Belia Negara 2010 yang akan diadakan di PICC, Putrajaya.

Saya mendoakan semoga kemenangan tersebut akan berpihak kepada beliau. Sememangnya, sifat kepimpinan yang ada pada diri beliau amat tinggi dan wajar untuk memenangi anugerah tersebut. Love your bang.....

Sekiranya kemenangan tersebut berpihak kepada abg saya. Saya rase amat bersyukur dan berbangga dengan kemenangan tersebut dan memadai apa yang kami lakukan sebelum ini dan rase berbaloi apa yang kami lakukan selama ini.

Kami sekeluarga juga (mak, ayah, adik2, kak mah dan anak2 beliau) akan sentiasa mendoakan kejayaan abg. We love and support u.......

Tuesday, March 9, 2010

Lamanya.....

Wah, lame rasenya saya xupdate blog nie. Saya rase, hampir2 2 bulan lebih saya xupdate blog nie. Mungkin xada citer yang nak saya storykan sebelum nie dan juga saya sibuk dgn keja2 di opis nie.

Lenkali lah saya sambung lagi.......

IKLAN