Friday, July 24, 2009

Caj astro naik lagi - RM12 disebabkan EPL ???????


Bermula 1 Ogos ini, para pelanggan astro yang melanggan saluran sukan tersebut, akan terpaksa membayar lebih. Kenaikan sebyk 100 % iaitu RM12.00 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.

Di Malaysia, astro hanya menyediakan sebyk 5 saluran sukan yang telah disediakan dalam satu grup yang dinamakan pakej Sports. Di dalam pakej tersebut, mengandungi saluran seperti Astro SuperSports ( ch 811), ESPN (ch 812), Star Sports ( ch 813), Eurosport (ch 814) dan Golf Channel (ch 815). Kesemua pakej tersebut berharga lebih RM20.00 (purata sahaja).



Pihak diorang cakap lagi, kenaikan kos tersebut adalah masih rendah lagi kalau nak dibandingkan dengan stesen berbayar di negara lain. Contohnya di United Kingdom (532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia ( 172 peratus).



Berbanding dengan negara jiran, Singapura. Saluran sukan mereka adalah sebanyak 13 saluran sukan yang ada. Sama seperti Malaysia, mereka juga merangkumkan semua saluran-saluran sukan tersebut dengan menjadi satu pakej yang bernilai $S26.75. Antara saluran sukan yang mereka ada ialah BPL on Demand, Eurosport, Football Channel, ESPN, EurosportNews, GoalTV1, Goal TV2, Golf Channel, Sports HD, Star Sports, Super Sports, Super Sports Plus dan WWE Series on Demand.

Berbanding dengan Malaysia, mmg ketara jumlah saluran dan harga yang dibayar oleh peminat sukan untuk menonton dan memilih saluran sukan yang mereka mahukan. Walaupun skala negara mereka kecil berbanding dengan Malaysia, maka astro seharusnya mampu bersaing dengan StarHub(Singapura), di mana mereka mampu menyediakan dengan harga yang kompetitif untuk pelanggan-pelanggan mereka di Singapura.

Bermula 1 Ogos ini juga, pelanggan astro terpaksa membayar lebih untuk menonton pasukan kegemaran mereka yang bakal beraksi tidak lama lagi. Sebyk RM32.00 sahaja untuk menonton saluran sukan (itu tak masuk lagi pakej-pakej yang dilanggan). Sekiranya saluran tersebut ditambah saluran lagi sebyk 4-5 saluran lagi untuk pakej sukan sahaja, mungkin terasa berbaloi lah bagi peminat-peminat sukan di Malaysia untuk menonton.

nota kecil : astro selalu memberikan alasan yang sama bila mereka naikkan harga yuran langganan mereka. Alasan mereka, tak dapat nak menampung kenaikan harga kos. Kalau tak silap saya, astro baru sahaja menaikkan harga yuran langganan. Tgk berita mereka di ruangan Korporat (Utusan), ASTRO untung sebanyak bla bla bla bla.

Mungkin juga bagi peminat2 bola akan menonton di kedai2 mamak yang menyediakan astro yang melanggan Pakej Sports untuk menonton pasukan kegemaran mereka beraksi.

No comments:

IKLAN