Wednesday, April 22, 2009

Nama tasik terpanjang......

Dalam akhbar utama hari nie, saya begitu tertarik dengan satu artikel ini, iaitu nama tasik terpanjang di dunia. Ini berlaku di WEBSTER, Massachusetts di mana sebuah tasik di Massachusetts mempunyai sebanyak 45 huruf. Banyak betul huruf dia kan. Apa yang menghairankan saya, huruf tersebut disambungkan antara 45 huruf tersebut. Nama tasik tersebut ialah, Tasik Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg. Panjang betulkan. Mcmana nak sebut nama tasik tersebut. Saya sendiri pon tak boleh nak menyebutnya.

Pelbagai cerita dan legenda mengenai asal-usul nama tasik itu diambil daripada perkataan Red Indian. Mitos popular (yang kemudiannya ditolak) mendakwa, ia bermaksud `Awak pancing di sebelah awak, saya pancing di sebelah saya dan tiada siapa memancing di tengah-tengah'.

Begitulah mitos tasik tersebut menurut orang Red Indian di sana. 'Awak duduk di sebelah awak, saya duduk di sebelah saya dan tiada siapa duduk di tengah-tengah'.

No comments:

IKLAN