Monday, April 27, 2009

Sambutan 100 tahun Pengakap Malaysia

Hari Sabtu lepas, 25 April 2009 abg saya telah mengajak saya dan famili dia untuk mengikut Sambutan 100 tahun pengakap Malaysia iaitu ia merupakan satu perhimpunan raksasa pengakap yang dihadiri oleh beribu ahli pengakap dari seluruh Malaysia bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Perhimpunan ini juga turut dihadiri oleh pengakap antarabangsa, antaranya dari Indonesia, Singapore, Thailand, Australia, Bangladesh, Nepal dan lain2 negara lagi.........


Seawal 8.00 pagi saya dan famili abg saya telah terpacak di Stadium Negara. Pegi awal2 pon sebenarnya nak dapatkan parking keta kat sana. Dapat juga parkir kat sana walaupun yang berbayar. Hu3x. Acara pon lambat lagi nak mula, saya mula rase bosan kat sana...... Anak sedara saya pulak dah mula buat perangai. Merengek aje keja dia..........

Mulai pukul 9.15 pagi, Stadium Negara mula dipenuhi dengan ahli2 pengakap dari seluruh negara dan mula kedengaran lagu2 pengakap berkumandang oleh mereka. Mereka juga turut menunjuk kehebatan mereka dengan tepukan pengakap, lagu pengakap mereka dan lain2 lagi sehingga mencetus sikap setiakawan antara satu sama lain.

Pukul 10.00 pagi, ketibaan Tun Abdullah Ahmad Badwi selaku Presiden Terhormat Pengakap Malaysia di Stadium Negara. Antara lain yang turut hadir ialah, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Belia dan Sukan, dan juga Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Acara berlarutan sehingga jam 12.30tghari.

nota kecil : xsempat nak ambil gambar. tgh syok tgk persembahan dari pengakap. Apa2pun, saya enjoy juga mengikuti rombongan abg saya ini ke Stadium Negara tersebut. Tgh tunggu bila nak pegi mencandat sotong nie..........

No comments:

IKLAN