Wednesday, April 29, 2009

ridzwan or mael.......

Kenapa saya menulis entry terbaru saya seperti tue.....???? Actually, ridzwan dan mael merupakan individu yang sama saje, cuma nama aje yang beza. Dari segi perwatakan pulak, sama juga di antara ridzwan dan mael tue. Nama mael ini, hanya di office saja mereka panggil (dikalangan org2 JTMK). Nie kira nama manja kot..... hahahhaha....Tapi kan, most of them, ada di kalangan pegawai dan kakitangan JTMK tak tahu nama sebenar saya dan ada juga yang confuse. Diorang ingat, nama MAEL ini hanya panggilan saja and my real name is ISMAIL IBRAHIM........

Nama sebenar saya ialah Mohamad Ridzwan Ibrahim. Manakala nama MAEL ini datang apabila saya mula2 berkhidmat di JTMK, DBKL 7 tahun lepas, iaitu tahun 2003. Nama ini diberi oleh En. Hashim bin Jaafar yang ketika itu yang arrange batch baru masuk ke JTMK. Ada juga yang ingat nama Ismail nie merupakan nama ayah saya...... Melekat juga la nama MAEL nie sampai sekarang kan....... Bila saya tanya kepada mereka yang memberi nama MAEL nie kepada saya, Kenapa bagi nama nie...??? Then, diorang pon jawab la. Sebelum saya masuk ke JTMK, ada seorang pelajar praktikal yang membuat praktikal di JTMK dan namanya ISMAIL dan wajahnya seakan-akan saya, siap dengan specs (diorang yang cakap.....huhuhuh). Saya pon xtahu wajah sebenar a real ISMAIL. Dan saya rase, may be diorang2 nie rindu pada ISMAIL tersebut......hehehehe.

Saya rase mcm serasi bila diorang panggil nama MAEL nie. Secara automatic bila ada yang mention MAEL, saya akan pandang. Nama nie, mungkin juga kena dengan diri saya nie kan....... dan juga boleh dikatakan sesuai dan berkat kalau ia nama sebenar saya. ISMAIL BIN IBRAHIM. Nama nabi Ismail anak kepada Nabi Ibrahim. Part of them, ada juga yang memanggil nama WAN. Rase macam kekok aje bila ada orang yang memanggil dengan nama WAN tue....pelik la pulak.......Tapi saya still tetap toleh sebab dalam 95% saya menggunakan nama tue dalam semua keadaan dan situasi. MAEL pulak hanya 5% aje. Terhad la nama MAEL nie kan.......

Nama ini may be akan melekat sehingga saya berkhidmat dengan JTMK. Mana taknya, bila staff baru masuk diorang panggil saya dengan MAEL. Budak pratikal masuk pon panggil saya dengan MAEL. Kalau telefon pon sama. Diorang akan tanya siapa person-incharge, maka orang yang di soal tadi akan jawab. En. ISMAIL atau En. Mael. Sedeynnnyaaaaaaa.............

Satu situasi yang pernah di alami oleh saya mengenai nama MAEL nie. JTMK pernah mengadakan Family Day di Cherating pada tahun 2005. Saya turut join family day tersebut. Ia terjadi masa nak bahagi2 kumpulan. Setelah dah dapat kumpulan masing2, saya pon pegi kepada kumpulan tersebut. Setelah ketua kumpulan check anak buah masing2x dalam list nama tue. Bila turn saya, dia tgk dalam list tersebut, tak ada pon nama ISMAIL dalam tue. Then dia siap cakap lagi. Aku cari MOHAMAD RIDZWAN, bukan ISMAIL. Kecil hati gak time tue kan.....saya pon tak kisah. Saya terus cakap la yang MOHAMAD RIDZWAN tue saya la orangnya. MAEL tue, budak2 panggil saya. Dia siap cakap lagi, mati2 ingat nama sebenar saya ISMAIL. Lagi seddeeyyyyyyyy...........

Dari segi spelling name nie pon diorang dah bagi siap2. MAEL, lain kan spelling dia. Nampak macam english sikit. Heheheheh............Kalau letak spelling MAIL......may be yang akan ingat surat. Sebab spelling dia sama erti dengan sampul surat.

Apa2pun, terima kasih kepada yang memberi nama ini kepada saya. Akan saya hargai sampai bila2 dan mmg tak sangka yang ia melekat sehingga hari nie. Even, kalau yang ada family, mereka juga turut memanggil nama MAEL tue.

nota : kalau letak nama MOHAMAD RIDZWAN ISMAEL BIN IBRAHIM, panjang la pulak saya register dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Lagi satu, sebenarnya saya rindu orang ingin memanggil nama saya dengan WAN.

No comments:

IKLAN