Friday, May 8, 2009

H.A.P.P.Y. M.O.T.H.E.R'S. D.A.Y



Tanggal 10 Mei 2009 bersamaan dengan 15 Jamadilawwal 1430 merupakan Sambutan Hari Ibu di seluruh Malaysia dan juga hampir seluruh dunia.

Pengorbanan seorang insan yang bernama IBU amatlah besar. Dialah yang mengandungkan kita selama 9 bulan, melahirkan kita, membelai kita, menjaga kita dan memberi pendidikan kepada kita sehingga kita berjaya mengecapi hari ini.

Bagi saya, makna Hari Ibu amat besar bagi diri saya sebagai seorang anak. Ia tidak boleh digambarkan melalui kata-kata. Dan bagi saya, tidak semestinya Hari Ibu kita menunjukkan kasih sayang kepada dia. Sebenarnya hari-hari yang kita lalui inilah kita menghargai ibu kita dan menyayangi ibu dengan sepenuh hati kita.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan HARI IBU kepada ibu saya iaitu, PN. RUMIYAH AHMAD. Saya rasa bertuah kerana mempunyai ibu seperti dia dan saya amat hargai apa yang diberikan kepada saya selama ini. Saya juga mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu di Malaysia dan bagi sesiapa yang masih mempunyai Ibu, sayangilah dan hargai mereka selagi ibu masih ada lagi.

nota kecil : hati saya terasa saya bila lagu Oh Ibu nyanyian Mamat Exist dan juga Ayah dan Ibu dendangan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad.

No comments:

IKLAN