Friday, August 28, 2009

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-52

Tinggal beberapa hari sahaja, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-52. Di mana, 31 Ogos merupakan satu tarikh keramat Malaysia menyambut hari kemerdekaannya.



Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah "1 Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Pada tahun ini juga, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana dapat menyambut bulan kemerdekaan ini bersama dengan bulan yang penuh berkat iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sambutan kali ini juga akan di buat di Dataran Parlimen.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-52 kepada seluruh rakyat Malaysia. Tidak kira anda berada di manapun. Kita seharusnya bangga dengan pencapaian negara kita sekarang dan diharapkan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini dapat dijayakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

No comments:

IKLAN