Wah, lamanya saya xupdate blog nie. Hampir 2minggu rasenya. Lama tue kan.
Pada minggu kedua Ogos, saya balik ke kampung. Saje mengambil cuti. Lagipon, dah lama saya xambil cuti panjangkan. Di kesempatan itu juga, saya mengambil cuti untuk berehat-rehat setelah penat bekerja. Setelah 4hari berada di kampung, hari Ahad tue saya dah kembali ke kota. Dalam perjalanan pulang ke KL, badan saya terasa sejuk dan kepala pon. Dan terpaksa saya gagahkan juga badan. Dah lah time tue saya kena drive, time juga hujan turun selebat-lebatnya di highway.............betul2 dugaan.
Minggu ketiga Ogos, demam saya semakin melarat. Seluruh badan rase sakit, kepala sudah pening, hidung dah mula berair dan tekak mula sakit. Dan minggu tue juga saya tidak bekerja kerana mendapat MC. Terasa sesak gak demam nie.
So, skrg nie saya baru sahaja sembuh dari demam, batuk, dan selsema. Selama seminggu saya demam dan risau gak takut2 terkena dengan virus H1N1. Setelah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan. Hasilnya adalah negatif. Doktor memberitahu saya bahawa saya tidak ada virus tersebut, cuma demam biasa saja yang mungkin mengambil masa seminggu untuk sembuh.
Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf sekiranya ada kesalahan, kesilapan atau keterlanjuran sepanjang perkenalan kita. Ampunkanlah kesemua kesalahan yang telah saya lakukan sama ada secara sedar atau tidak sedar…
Semoga bulan Ramadhan yang bakal menjelang membawa seribu rahmat kepada kita semua. Dan saya doakan semoga anda semua dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dirahmati Allah hendakNya.
ADAT JAUH BERKIRIM KATA, ADAT DEKAT PUJI MEMUJI, ANDAI TERSILAP KATA MAAF DI PINTA SEPULUH JARI ” SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAH PUASA”
No comments:
Post a Comment