Thursday, January 12, 2012

HUTANG...

Tajuk entri kali ini adalah mengenai hutang...


  1. wang dan lain-lain yang dipinjam daripada orang lain
    Ayat: jangan-jangan hutang itu tak terbayar lagi; belian (jualan) hutang belian (jualan) yang bayarannya ditangguhkan; membayar hutang mengembalikan wang dan lain-lain yang dipinjam dari orang lain; memberi hutang memberi pinjaman wang; menagih hutang memungut (menuntut kembali) wang yang dipinjamkan; mendapat hutang mendapat pinjaman wang;
  2. kewajipan (perasaan berkewajipan) membayar balik sesuatu yang diterima
  3. hutang bercagar hutang yang diberikan dengan si berhutang mencagarkan sesuatu (seperti barang-barang kemas, rumah, tanah, dan sebagainya)
    hutang budi kebaikan yang diperoleh dan yang harus dibalas
    hutang darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dan lain-lain) yang telah melakukan kekejaman dan lain-lain
    hutang lapuk hutang yang tidak berbayar
    hutang piutang (wang) yang dipinjam dari dan yang dipinjamkan kepada orang lain, berbagai-bagai hutang
    hutang (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang
    surat hutang surat pengakuan hutang
  4. hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh tiba pula hutang hutang samir belum langsai, hutang kajang datang pula hutang hutang tembilang belum langsai, hutang tajak tiba pula peribahasa hutang yang lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yang baru
    hutang sebelit (selilit) pinggang hutang hutang tiap helai bulu hutang sebanyak hutang si Jibun peribahasa seseorang yang sangat banyak hutangnya
  5. hutang berbaris bahasa percakapan berhutang banyak-banyak (daripada berbagai-bagai punca)
    hutang budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang)
    hutang nyawa terselamat hidupnya (terselamat oleh pertolongan orang)
  6. terhutang sudah berhutang
  7. hutang budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas)

berhutang

  1. mempunyai hutang (kepada), meminjam wang dan lain-lain daripada seseorang
    Ayat: ia pernah berhutang pada ceti; si berhutang orang yang berhutang; tempat berhutang orang dan lain-lain yang memberi hutang;

hutangan

  1. Indonesia wang (benda) yang didapati kerana berhutang
    orang hutangan Indonesia † orang yang berhutang

menghutangkan, memperhutangkan

  1. meminjamkan wang atau benda kepada seseorang

penghutang

  1. orang atau pihak yang berhutang, peminjam wang
    Ayat: cagaran merupakan jaminan untuk pemiutang jika penghutang tidak memenuhi kewajipan atau gagal membayar kembali pinjamannya.

perhutangan

  1. perihal hutang-berhutang
    orang perhutangan Indonesia † orang yang memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang
Artikel di atas menunjukkan maksud hutang yang sebenarnya. Kenapa saya mengutarakan perihal hutang pada entry kali ini adalah disebabkan keliatan serta sifat buat2 lupa untuk membayar hutang kepada saya.

Sudah bermacam-macam cara saya gunakan untuk mendapat duit saya yang telah dipinjam oleh kenalan saya. Dulu, sebelum nak pinjam, manisnya kata-kata. Bila nk minta balik, sejuta alasan yang diberikan............


Tuesday, January 3, 2012

back to school.....

Masih tak terlambat lagi saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog saya. Tajuk entry pada hari ini berkenaan dgn musim persekolahan sesi 2012 telah bermula hari ini bagi pelajar di negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan. Manakala pelajar-pelajar sekolah dari negeri lain akan bermula esok.


Saya masih ingat lagi ketika di zaman persekolahan dulu. Perkara yang paling susah sekali nak buat ialah ketika bangun seawal pagi. Kalau tak bangun pagi, siap la... satu rumah dah bising.... hahaha. kalau tak bangun juga, teknik menarik ibu jari atau menarik bulu kaki. Tapi time tue, saya tak ada bulu kaki lagi, mak saya hanya tarik ibu jari kaki kemudian dia akan tekan ibu jari tue. Dengan serta merta, saya akan bangun..... hahaha. Tapi abg saya lagi best, kena tarik bulu kaki.... apa lagi, meraung la dia pagi2.... hahahaha.... Walaupun nmpk mcm kejam, tp itulah cara ibu mendisiplin anak2 dia.......


Thursday, December 29, 2011

SELAMAT TAHU BARU 2012

Salam semua.... ketika blog ini ditulis, saya tengah bercuti panjang di kampung belah emak saya iaitu di Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan......

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 ini membawa seribu rahmat kepada kita semua......


Bila sebut tahun 2012, mcm2 org kata yang dunia ini akan berakhir pada 20 Disember 2012. Itu hanyalah fakta yang direka oleh mereka2 yang percaya pada tilik dan ramalan. Sebagai umat Islam, kita hendaklah percaya pada kekuasaan Yang Maha Esa, Allah S.W.T. Hanya Allah sahaja yang tahu bila dunia akan berakhir.......


Sepanjang cuti ini, saya banyak menghabiskan masa di kampung sahaja sambil melawat saudara-mara serta meninjau tempat2 yang membawa kenangan lama..... Mmg indah bila mengimbau kenangan2 yang lalu. Rasa mau kembali pada kenangan lalu.....

Pada 14 Disember yang lepas, abg kesayangan saya bersama isteri beliau dan juga kawan beliau telah merancang sesuatu iaitu membuat "Surprise Party Birthday" yang memang saya tidak jangkakan..... mereka semua merancang utk membuat di luar KL.... terharu rasenya.... huhuhu..Korang mmg best la... Love you abg and akak.......Thanks.....
.


Sampai di sini sahaja yang mampu saya coretkan untuk tatapan korang.... Thanks....

Tuesday, November 8, 2011

i'm back....

lamanya saya xberblog nie. rasenya, hampir 7 bulan lamanya saya xupdate blog nie...... ok la, so far, xada citer yg ingin saya kongsikan bersama buat masa ini. Insya Allah, jika ada citer2 menarik, akan saya kongsikan bersama dgn awak2 semua....

take care..... ;-)

Monday, March 28, 2011

balik johor pula.....

Lama juga saya tidak update blog nie. Sbbnya, mungkin saya tidak ada idea atau tak ada cerita yang menarik hendak dikongsi bersama.....

Last week, saya balik ke kampung belah ayah saya di Pontian, Johor. Raya cina yang lepas, saya balik ke Padang Rengas, Perak. Kali ini, saya balik Johor pula.......saya balik pon, tak lama, hanya 3 hari 2 malam sahaja...... jadi la kan.....

Di sini, saya melihat kebun nenas yang terletak di belakang rumah ini diusahakan oleh pakcik saya, iaitu adik kepada ayah saya....... luas sungguh ladang nenas disini..... dan saya sempat membawa pulang sikit nenas yang diberikan oleh pakcik saya ini.....


So, lepas nie, boleh la saya boleh jadi supplier untuk inti tart nenas.... hehehe

Wednesday, February 9, 2011

bercuti sambil menoreh...........

Hampir seminggu lamanya saya tidak update blog nie. Al-maklumlah, musim cuti. Saya pon, apalagi lah, join sekali la cuti2 nie..... hehehe.

Cuti2 nie, saya hanya balik kampung sahaja. Kampung sebelah ibu saya.... di Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Balik pon, saje2. Menziarah + bercuti.

Aktiviti2 sepanjang 8 Hari 7 malam di sana adalah mengait buah kepala muda, mencari siput di sungai, dan mcm2 aktiviti kampung. Aktiviti yang paling seronok saya lakukan adalah menoreh getah..... hehehe. Sejak harga getah naik, beria-ia saya pegi menoreh. huhuhu...

Nampak mcm senang aje kita tgk diorang menoreh. Actually, bukan senang nk menoreh pokok getah tersebut, kerana ia memerlukan skill atau kemahiran menoreh pokok getah tersebut agar pokok getah tersebut tidak cedera masa kita menoreh.









Masa mula menoreh pon, agak kekok jugak lah. Mana idaknya, keroje yg tidak pernah saya buat, saya kena buat. Betapa sukarnya dulu kehidupan seorang penoreh untuk mencari sesuap naik jika nak dibandingkan dengan penoreh sekarang......






IKLAN