Friday, December 31, 2010

Akhirnya...... !!!!!!!!!!!!! Tahniah kepada Harimau Malaya......




Tanggal 29 Disember 2010, tercatatnya di dalam diari sukan Malaysia apabila Skuad Harimau Malaya telah memenangi AFF Suzuki Cup 2010 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta. Penantian selama 14 tahun berakhir pada malam smlm apabila Malaysia mengatasi Indonesia dengan agregat 4-2 walaupun tewas 1-2 kepada tuan rumah.

Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada perlawanan kedua smlm, Malaysia telah berjaya memperolehi kemenangan 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Apa2pun, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah buat Malaysia dan juga jurulatihnya, K. Rajagobal di atas kejayaan Malaysia memenangi AFF Suzuki Cup 2010 dengan mengalahkan pasukan dari Indonesia. Dan diharapkan semoga kejayaan ini berterusan sehingga pasukan bola sepak kita kembali gemilang. Dengan kejayaan tersebut, maka PM Malaysia telah mengisytiharkan bahawa pada 31 Disember 2010 merupakan cuti umum. Terima Kasih PM Malaysia dan Skuad Harimau Malaya....


No comments:

IKLAN